Komputer

Mac Pro Terbaru Akan Dilancarkan Bulan Mei Atau Jun

Mac Pro

Sudah hampir 1,000 hari selepas operasi penambahbaikan Mac Pro yang paling penting dijalankan. Tetapi ini bakal berubah pada bulan hadapan atau bulan berikutnya bergantung kepada “timing” yang ditetapkan Apple.

Desas-desus terbaru mencadangkan Apple akan melancarkan versi terbaru komputer paling berkuasanya itu tidak lama lagi.

Mac Pro

Mac Pro Terbaru Akan Dilancarkan Bulan Mei Atau Jun

Menurut laporan Mac Daily News yang memetik sumber-sumbernya, model terbaru Mac Pro berkemungkinan akan diumumkan pada bulan April ini, namun berkemungkinan juga akan ditolak ke suatu tarikh pada bulan Mei atau Jun.

Walaubagaimanapun laporan ini tidak menyatakan samada model terbaru ini akan dikeluarkan dalam bentuk tower, mini tower atau rekabentuk yang lain.

Sumber-sumber Mac Daily News mempunyai rekod yang baik di mana khabar angin yang dibawanya sebelum ini ternyata benar. Sungguhpun demikian, laman web itu masih mengkategorikan berita ini sebagai khabar angin.

Selain melambatkan pembaharuan pada komputer tersebut, Apple juga berdepan dengan masalah jualan di Eropah. Ia tidak dapat dijual di negara-negara Eropah berikutan larangan yang dikenakan padanya sejak awal tahun ini.

Peraturan terbaru berkenaan bilah kipas penyejuk yang tidak dilindungi menyebabkan ia dilarang untuk dijual di benua tersebut. Namun kebaikan larangan itu ialah ia menjadi satu insentif bagi Apple untuk merekabentuk komputer terbarunya bagi mematuhi piawai Eropah.

Apa yang menarik lagi ialah Apple telah memberitahu wakil jualannya di benua itu bahawa ia akan mengeluarkan model terbaru Mac Pro menjelang musim bunga 2013 dan Apple mempunyai sehingga 21 Jun untuk memastikan janjinya ditepati.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top