Komputer

Macbook Air dan Mac Pro Terbaru Diumumkan

Pada persidangan WWDC 2013, Apple telah memperkenalkan dua produk yang dipertingkatkan, yang juga dinanti-nantikan peminat dan pengguna tegar Apple iaitu Macbook Air dan Mac Pro.

Macbook Air dan Mac Pro

Macbook Air dan Mac Pro Terbaru Diumumkan

Apple telah mengumumkan penjualan Macbook Air baru dengan pemproses Haswell dan memberikan peminat Apple pengenalan kepada Mac PRo yang dinanti-nantikan setelah sekian lama.

Macbook Air dan Mac Pro

Macbook Air

Macbook Air terbaru ini dibina berasaskan teknologi pemproses generasi keempat Haswell dimana ia memberikan kuasa memproses dan grafik yang lebih baik, di samping pemanjangan jangka hayat bateri dari 5 jam ke 9 jam untuk model 11 inci dan 7 jam ke 12 jam pada model 13 inci. Wireless adapternya kini menyokong wifi 802.11ac yang memberikan lebarjalur yang lebih pantas berbanding 802.11n.

Ia juga didatangkan dengan ruang storan yang bermula pada 128GB SSD bagi model rendah dan 256GB untuk model spesifikasi tinggi. Spesifikasi lain kekal sama dengan model sebelumnya.

Walaubagaimanapun ia tidak dilengkapi skrin retina seperti yang dikatakan oleh para penganalis dan spekulator. Tapi yang baiknya, harganya kekal seperti model Macbook Air yang terdahulu bermula pada harga RM2,999 untuk model 11 inci dan RM3,899 untuk model 13 inci berspesifikasi tinggi. Untuk melihat model terbaru, layarilah Apple Store Malaysia.

Macbook Air dan Mac Pro

Mac Pro

Para pengguna professional telah lama menungg kemunculan Mac Pro baru dan mengikut apa yang dilihat dalam preview ini, ia langsung tidak menghampakan.

Pertama sekali, rekabentuk revolusinya tentunya mengujakan sesiapa yang melihatnya dengan rekabentuk silinder dengan semua port tersusun rapi di bahagian belakang, pengguna professional tentunya termimpi-mimpi untuk memiliki produk ini.

Ia dilengkapi pemproses Xeon E5 generasi terbaru yang memberikannya 2x ganda prestasi berbanding model terdahulu. Ia juga memiliki 2 kad grafik workstation ATI FirePro untuk prestasi grafik menyokong resolusi 4K, RAM 4-channel DDR3 ECC berprestasi tinggi dan ruang storan SSD berasaskan ePCI yang 2 kali ganda lebih laju dari SATA.

Dari segi I/O, ia dilengkapi 6 port Thunderbolt 2 berkelajuan 20Mbps, 4 USB 3.0, port audio dan mikrofon serta 2 adapter ethernet dan satu port HDMI.

Mac Pro ini belum lagi dijual secara rasmi, namun ia dijangka akan mula dijual pada penghujung tahun ini. Maklumat lanjut mengenainya di laman web Apple.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top