Komputer

Macbook Pro 2016 Dilancarkan

Setelah lama menunggu, akhirnya Apple telah melancarkan laptop Macbook Pro 2016 yang sememangnya telah lama memerlukan kemaskini. Model kali ini menyertakan Touch Bar yang dikhabarkan sejak beberapa bulan lalu.

Macbook Pro 2016

Macbook Pro 2016 Dilancarkan

Apple melancarkan kemaskini laptop terbaharunya, Macbook Pro 2016 dan fokus utama pembaharuan kali ini adalah rekabentuk lebih nipis, skrin dan penambahan Touch Bar yang menyertakan Touch ID.

Macbook Pro baharu ditawarkan dalam saiz 13 dan 15 inci dan 12% lebih nipis berbanding Macbook Air dan menurut Apple ia adalah Macbook Pro paling ringan setakat ini. Model 13 inci dengan Touch Bar boleh ditempah mulai sekaran bermula pada harga RM7,599. Jika anda tidak mahukan Touch Bar, model 13 inci tanpa aksesori itu dijual bermula pada harga RM6,299. Model 15 inci dengan Touch Bar pula dijual bermula pada harga RM10,199. Model-model baharu ini didatangkan dalam warna Space Grey dan Silver.

vxmdla9vng7mjqrmaddmks-650-80

Selain itu, semua Macbook Pro baharu itu hadir dengan 4 port Thunderbolt 3 (USB-C), setiap satunya boleh digunakan untuk mengecas peranti tersebut. Walaupun ia mengekalkan jek headphone, ia mengeluarkan slot kad SD. Itu sesuatu berita kurang menggembirakan buat para jurugambar, memandangkan kamera masakini kebanyakannya masih menggunakan port USB biasa (2.0 atau 3.0). Jadi mereka akan mengalami masalah untuk menyambung kamera (dan juga iPhone) mereka tanpa menggunakan penyuai.

Touch Bar merupakan paparan Retina yang boleh disuaikan untuk memaparkan butang-butang berbeza mengikut aplikasi. Ia menggantikan butang-butang fungsi (F1-F12 serta butang ESC). Daripada demonstarasi yang diberikan, kelihatan fungsinya sangat berguna kepada pengguna aplikasi professional seperti Final Cut Pro dan Photoshop tetapi agak seperti gimik untuk aplikasi lain.

LG 5K display

Seiring dengan Macbook Pro baharu, Apple turut memperkenalakan monitor 5K UltraFine bagi menggantikan barisan monitor Cimema Display yang sudah berumur. Monitor ini dikeluarkan LG dan dengan kuasa grafik Macbook Pro, ia mampu menyokong penggunaan dua buah monitor sebegini pada satu masa.

MacBooks

Dengan pelancaran produk ini, Apple turut menyusun semula produk laptopnya, di mana kini Macbook Air 11 inci telah ditamatkan. Macbook Air 13 inci masih boleh dibeli dengan harga bermula RM4,199. Tetapi dengan rekabentuk yang lebih nipis, kami dapati Macbook Pro lebih berbaloi untuk diperolehi jika difikirkan penggunaan jangka panjang. Ternyata, Apple secara perlahan-lahan mahu menarik keluar Macbook Air dan menjadikan MacBook Pro tanpa Touch Bar model laptop asasnya.

Akhir kata, walaupun Macbook Pro baharu ini menarik, tahap innovasinya tidaklah begitu memberangsangkan. Situasi Apple sekarang ini semakin mirip situasinya pada awal 90-an semasa pemecatan mendiang Steve Jobs di mana ia bergantung penuh kepada produk-produk utamanya tanpa membuat banyak innovasi.

Kebimbangan kami jelas jika membandingkan acara pelancaran Microsoft, satu hari sebelum acara pelancaran Apple ini. Microsoft ternyata memperkenalkan lebih banyak produk berinnovasi berbanding Apple. Malah ada yang mengatakan Microsoft adalah Apple yang baharu. Paling jelas adalah Apple telah mengabaikan segmen profesional dan jika dilihat dari acara pelancaran Microsoft tempoh hari, syarikat itu dilihat menyerang segment golongan professional, terutamanya dengan Surface Studio.

Namun Apple boleh bertahan setakat ini kerana ia masih mendahului dari segi antaramuka dan aplikasi mesra pengguna. Jika Microsoft mampu manandingi Apple dari segi ini, Apple dalam masalah.

Apakah yang akan terjadi kepada Apple dalam masa 5-10 tahun akan datang memandangkan tahun ini ia mencatatkan penurunan perolehan pertamanya dalam masa yang lama? Masa akan menentukan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top