Komputer

Malware Dok Dikesan Mensasarkan Pengguna Mac

Macbook AIr

Pengguna Windows sememangnya telah masak dengan malware, virus dan pelbagai perisian hasad yang menghantui platform tersebut sekian lama. Oleh itu pengguna Windows sememangnya berhati-hati dalam penggunaan web. Namun satu Malware baharu dinamakan “Dok” telah dikesan dan mensasarkan pengguna Mac.

Dok Malware

Malware Dok Dikesan Mensasarkan Pengguna Mac

Malware jenis Trojan yang digelar Dok itu dikesan oleh Check Point Technologies dan buat masa sekarang boleh mengelak dari dikesan oleh sistem Mac dan juga perisian anti-virus pihak ketiga. Apabila ia telah memasuki sistem, ia boleh mengintip segala komunikasi digital yang dibuat menggunakan komputer tersebut termasuk yang menggunakan “HTTPS”.

Anehnya, ia memasuki sistem melalui kaedah penipuan email “phishing” sebagai satu sambungan .zip. Pengguna perlu memuatturun fail tersebut dan apabila mereka cuba membuka fail tersebut, ia akan meminta pengguna memuatturun satu kemaskini OS yang palsu dan kemudian menyelinap masuk ke dalam sistem komputer pengguna dan beroperasi secara tersembunyi.

Bagaimana mengelakkan diri dari malware ini? Seperti biasa, jangan mudah percaya email daripada penghantar yang tidak dikenali, terutamanya email yang mempunyai sambungan yang mencurigakan. Check Point berkata, malware ini disasarkan terutamanya kepada pengguna di Eropah buat masa ini.

Dok bukan malware pertama yang berjaya memecah sempadan pengguna Mac. Februari lepas, penggodam Russia berjaya menyesuaikan malware jenis “backdoor” Xagent untuk dilarikan pada perkakasan Mac di samping komputer yang melarikan Windows dan Linux. Apabila dijangkiti, ia boleh mengintip fail sandaran iPhone dan aktiviti atas talian.

Jika anda rasa komputer anda dijangkiti trojan ini, anda boleh melayari laman iMore di mana mereka mempunyai penyelesaian untuk membuang trojan tersebut. Kesimpulannya, sentiasa berwaspada dengan email mencurigakan dan jangan sangka hanya kerana anda menggunakan komputer Mac, anda tidak boleh menjadi mangsa trojan atau malware.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top