Komputer

Microsoft Dijangka Melancarkan Surface PC Bulan Ini

Microsoft akan mengadakan satu acara khas di bandar New York pada 26 Oktober untuk melancarkan sebuah produk Surface baharu, yang dijangkakan merupakan Surface PC, serta membincangkan masa depan Windows 10.

windows-10-Surface PC

Microsoft Dijangka Melancarkan Surface PC Bulan Ini

Jemputan ke acara pelancaran Surface PC ini mengetengahkan tema “Imagine what you’ll do” ditulis secara terbalik pada sebuah tingkap yang memperlihatkan bandar New York.

Walaupun Microsoft memperkenalkan pelbagai jenis peranti pada acara pelancarannya tahun lepas, tahun ini pengumuman yang akan dibuat akan lebih cenderung kepada perisian. Terdapat juga perkakasan yang dijangka diperkenalkan seperti Surface PC dan akseseori berkaitan.

Komputer terbaharu itu dijangka merupakan sebuah komputer semua dalam satu yang direkabentuk untuk penggunaan di ruang tamu. Khabarnya ia akan dikeluarkan dalam 3 saiz iaitu 21-, 24- dan 27 inci.

Sumber-sumber yang bercakap dengan laman The Verge mengatakan syarikat itu tidak dijangka akan mengeluarkan versi Surface Pro baharu dengan spesifikasi dikemaskini, sebaliknya akan menumpukan kepada laptop dan peranti lain keluaran OEM pihak ketiga.

Microsoft juga akan membincangkan masa hadapan yang dirancang untuk Windows 10. Diketahui bahawa Microsoft akan mengeluarkan dua kemaskini besar pada tahun 2017 dan mungkin ia akan menjelaskan lagi perancangan mereka dalam acara tersebut.

Syarikat tersebut juga berkemungkinan membincangkan masa depan gaming merentas Windows 10 dan Xbox. Bermain merentas-platform telahpun tersedia untuk permainan seperti Forza Horizon 3 dan Gears of War 4, namun pilihan permainan yang boleh dimainkan antara PC dan Xbox masih lagi kecil.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top