Komputer

Microsoft Surface Book 2 Memberangsangkan

Dalam acara pelancaran produk Microsoft yang berlangsung malam tadi, syarikat itu melancarkan Microsoft Surface Book 2, yang merupakan versi Surface Book yang dipertingkatkan dengan pemproses Intel Core i7, GPU baharu dan bateri yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang.

Microsoft Surface Book 2

Microsoft Surface Book 2 Memberangsangkan

Laptop Microosft Surface Book 2 mempunyai jangka hayat bateri yang menurut Microsoft boleh bertahan selama paling kurang 16 jam dan dua kali ganda prestasi grafik berbanding model sebelumnya dengan dilengkapi kad grafik GeForce GTX 965M dengan 2GB GDDR5. Apabila dibandingkan dengan prestasi grafik MacBook Pro sedia ada, ia 3 kali lebih pantas.

Ia boleh ditempah di US mulai sekarang pada harga USD 2,399 untuk model dengan 8GB RAM dan 256GB SSD, USD 2,799 untuk model 16GB RAM dan 512GB SSD, dan USD 3,299 untuk model 16GB RAM dan 1TB SSD. Laptop ini akan mula diedarkan pada 10 November nanti.

surface-book-2

Panos Panay yang memberikan ucapan pengenalan kemaskini laptop hybrid tersebut menerangkan bahawa para jurutera Microsoft terpaksa mereka semula sistem penyejukkannya memandangkan spesifikasi baharunya yang lebih tinggi. Ia kini mempunyai dua bilah kipas.

Beliau juga mendakwa laptop berkenaan merupakan laptop berprestasi paling tinggi di pasaran dengan mengambil kira saiz dan harganya. Beliau juga mendakawa Surface Book mendapat kadar kepuasan pelanggan tertinggi di kalangan pengguna laptop Windows 10 dan MacBook.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top