Komputer

Microsoft Surface Dial: Peranti Kawalan Dari Masa Depan

Dalam acara pelancaran malam tadi, Microsoft telah melancarkan PC semua dalam satu Microsoft Surface Studio yang turun menyertakan peranti kawalan Microsoft Surface Dial yang akan mula dijual 10 November ini pada harga USD 99.

Microsoft Surface Dial

Microsoft Surface Dial: Peranti Kawalan Dari Masa Depan

Direka khas untuk para penggiat kreatif mendapat kawalan ekstra peranti Surface mereka, Microsoft Surface Dial mendapat ilham dari bentuk alat manipulasi terawal di dunia – tombol bulat yang besar.

Sesetengah aplikasi boleh ditala dengan teliti dengan hanya memanipulasi alat Surface Dial ini untuk memilih warna pallete atau mengawal saiz berus. Ini jauh lebih mudah dari menggunakan mouse dan keyboard.

surface-dial-2

Aplikasi lain juga mempunyai fungsi mesra pengguna untuk Surface Dial. Padonra dan Spotify menggunakannya untuk mengawal kekuatan bunyi, manakala aplikasi Bluebeam Revu dan Windows Maps menggunakannya untuk memutar atau zum sesuatu imej.

Video di bawah menerangkan dengan lebih jelas kegunaan Surface Dial.

Surface Dial boleh ditempah sekarang di Windows Store dan serasi dengan Surface Studio, Surface Pro 4 dan Surface Book. Bagi mereka yang menempah Surface Studio, ia akan disertakan dengan PC itu. Dial menggunakan bateri AAA dan ia akan disertakan bersama-sama peranti tersebut.

Seperti yang dikatakan di awal artikel ini, ia dijual pada harga USD 99 dan anda memerlukan kemaskini Windows 10 Anniversary Update untuk menjalankan peranti ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top