Komputer

Microsoft Surface Ergonomic Keyboard

Bersama pelancaran Surface Book, Surface Studio dan Surface Dial, Microsoft turut memperkenalkan aksesori pilihan Microsoft Surface Ergonomic Keyboard, sebuah keyboard ergonomik yang direka khas dengan DNA rekabentuk peranti Surface.

surface-keyboard

Microsoft Surface Ergonomic Keyboard

Microsoft Surface Ergonomic Keyboard menggunapakai sambungan Bluetooth 4.0 dan membahagikan zon menaip kepada dua, satu bahagian untuk tangan kiri dan satu lagi untuk tangan kanan, malah bar jarak (spacebar) juga dibahagi dua supaya dua belah tangan mempunyai peluang sama untuk menekan butang tersebut.

Direka untuk tujuan mengurangkan memastikan pergelangan tangan pengguna ada pada kedudukan yang semulajadi, rekabentuk ergonomik dengan membahagikan kawasan keyboard bukanlah suatu rekabentuk baharu, malah Microsoft pun telah mengeluarkan keyboard dengan rekabentuk sama.

 Microsoft Surface Ergonomic Keyboard

Di samping mempunyai susun atur keyboard yang unik, keyboard ini juga mempunyai bahagian sokongan tapak tangan yang diperbuat daripada fabrik Alcantara untuk memberikannya penampilan bergaya di samping mengurangkan kesan kotoran. Ia boleh ditempah pada harga USD129.99.

Perlu diingatkan bahawa Microsoft Surface Ergonomic Keyboard merupakan aksesori tambahan dan tidak sama dengan keyboard yang didatangkan dengan Surface Studio. Ia dioptimumkan untuk penggunaan dengan Surface Studio, Surface Book dan Surface Pro, tetapi ia juga boleh digunakan dengan sebarang peranti Windows 10 yang mempunyai keupayaan Bluetooth 4.0.

Namun jika anda seorang penggiat seni, tentunya anda menggunakan Surface Pen lebih kerap berbanding keyboard, menjadikan pembelian keyboard ini agak tidak releven. Lagipun, ia tidaklah begitu unik dan menarik untuk menaik minat orang ramai membelinya. Apa pendapat anda?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top