Komputer

Microsoft Surface Studio Dilancarkan

Microsoft Surface Studio sebelum ini dikhabarkan merupakan sebuah desktop modular. Namun kini setelah ia dilancarkan, ia kelihatan lebih dari setakan sebuah desktop modular. Peranti ini menggabungkan paparan  PixelSense dengan Surface Hub.

Microsoft Surface Studio

Microsoft Surface Studio Dilancarkan

Kehadiran dektop ini sudah pasti akan menggugat kewujudan iMac sebagai desktop untuk para pereka grafik dan pakar fotografi. Microsoft Surface Studio mengambil ilham dari kejayaan tablet Surface Pro, sekaligus memberi ilham kepada para mengeluar OEM seperti HP dan Dell untuk memikirkan semula cara ia merekabentuk produknya.

Surface Studio dilengkapi skrin PixelSense 28 inci dangan nisbah aspek 3:2 dan resolusi 4,500 x 3,000 (192 ppi). Ia juga dilengkapi pilhan pemproses Intel Skylake Core i5 atau i7 di mana model i5 dipasangkan dengankad grafik Nvidia GeForce GTX 965M, manakalah model i7 memberi anda pilihan kad grafik GTX 965M atau GTX 980M.

Memang jelas PC ini direka untuk para pereka grafik dan ahli fotografi, namun prestasi grafiknya juga membolehkan para gamer turut serta memilikinya, walaupun kami pasti para gamer tentu mahukan sesuatu yang mudah dinaiktaraf dan diubahsuai serta skrin dengan nisbah aspek 16:9.

surface-studio2

Dari segi port, ia dilengkapi 3 port USB 3.0, pembaca kad SD, port MiniDisplay, port ethernet dan jek fon kepala. Malangnya port USB-C tidak disertakan.

PC ini juga didatangkan dengan Surface Keyboard (akan diterangkan dalam pos berasingan), Surface Mouse dan Surface Pen serta Windows 10 Pro. Ia juga boleh digunakan dengan Surface Dial (akan diterangkan dalam pos berasingan). Harganya bermula dari USD2,999.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top