Komputer

Monitor 5K LG yang terganggu dengan isyarat Router akan diperbaiki

Minggu lepas tular mengenai monitor 5K LG yang dijual oleh Apple yang menerima gangguan daripada isyarat Router. Sehubungan dengan itu, LG akan mengambil langkah segera untuk memperbaiki masalah tersebut yang menyebabkan gambar pada monitor itu bercelaru apabila berhampiran dengan Router Wi-Fi.

Monitor 5K LG

Monitor 5K LG yang terganggu dengan isyarat Router akan diperbaiki

Sesetengah pengguna melaporkan monitor 5K LG UltraFine milik mereka terganggu dan gambarnya berkelip apabila peralatan Router diletakkan berhampiran dengannya. Malah ada sesetengah pengguna Macbook yang menyambungkan monitor ini kepada laptop mereka mengalami kegagalan pada laptop mereka.

Sebelum ini LG menasihatkan penggunanya meletakkan sebarang peralatan WiFi lebih 2 meter dari monitor tersebut, tetapi kini ia berkata ia akan mempertingkatkan pelindungan gangguna pada produknya itu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

LG mengumumkan ia memohon maaf ke atas kesilapannya itu dan tetap komited untuk mengeluarkan produk berkualiti. Semua monitor LG UltraFine 27 inci yang dikeluarkan selepas Februari 2017 akan dipasang dengan perlindungan gangguan yang dipertingkatkan.

Bukan itu sahaja, malah pengguna sedia ada monitor itu juga tidak akan dilupakan. Pengguna juga akan menerima naik taraf percuma, cuma mereka terpaksa menghantarkannya semula kepada pengedarnya untuk dipasang dengan komponen pelindung itu. Ini mungkin menyusahkan bagi mereka yang menggunakannya untuk bekerja.

Apapun, sekurang-kurangnya LG telah mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan, walaupun masalah ini tidak sepatutnya berlaku jika LG membuat pengujian dengan lebih teliti sebelum menjual produknya.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top