Komputer

Monitor Gaming Melengkung AOC Agon Diperkenalkan

AOC telah memeperkenalkan sepasang monitor gaming yang memanfaatkan rekabentuk tanpa bingkai dan AMD FreeSync. Montior-monitor berkenaan adalah AOC Agon 31.5 inci (AG322QCX) dan 27 inci (AG272FCX) dengan kadar lengkungan 1800mm, iaitu kelengkungan paling ketara dalam sesebuah monitor untuk pengalaman gaming yang imersif.

Monitor Gaming Melengkung AOC Agon Diperkenalkan

Pengalaman gaming imersif AOC Agon diperhebatkan lagi dengan rekabentuk tanpa bingkai di 3 sisi monitor kecuali di bahagian bawah. Bermakna bingkai di semua sisi kecuali bawah mempunyai bingkai yang hampir tidak boleh dilihat. Lihat gambar di atas.

Monitor-monitor in mempunyai aspect ratio 16:9 dengan panel VA dengan resolusi HD penuh bagi monitor 27 inci yanglebih kecil dan resolusi 2560 x 1440 bagi model 31.5 inci. Kedua-duanya mempunyai kadar segar semula 144Hz serta masa respon sepantas 4ms, dan tidak melupakan teknologi FreeSync yang menghapuskan ketidaklancaran dan cela pada gambar yang dihasilkan, memberikan kadar bingkai keseluruhan yang lebih lancar.

Monitor ini juga dilengkapi ciri-ciri seperti mod kelewatan input rendah yang membolehkan input dari keyboard dan mouse diterjemahkan ke skrin dengan kelewatan minima. Terdapat juga ciri shadow control yang mencerahkan kawasan gelap tanpa mengganggu warna-warna lain.

Port sambungan pula terdiri dari satu Display Port (dua pada model 31.5 inci), sepasang Port HDMI, port VGA dan sepasang port USB 3.0.

Monitor AOC Agon AG322QCX dan AG272FCX akan dijual bermula bulan May, masing-masing pada harga USD 650 dan USD 485.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top