Komputer

OWC DEC Jadikan Macbook Pro Benar-Benar Professional

Rungutan utama para pengguna profesional terhadap MacBook Pro baharu, selain issue dongle, adalah ketidakbolehan laptop itu untuk dinaiktaraf seperti model-model sebelumnya. Storan SSD dan RAMnya dipateri terus ke papan induk semasa pemasangan. Pengeluar aksesori Mac, OWC telah hadir dengan penyelesaian. Syarikat itu mengeluarkan OWC DEC, aksesori yang menambah ruang storan dan port tambahan kepada MacBook Pro.

OWC DEC

OWC DEC Jadikan Macbook Pro Benar-Benar Professional

Aksesori OWC DEC yang diperbuat daripada Aluminium dipasang di bahagian bawah laptop Macbook Pro dan menyediakan ruang storan NAND dan port tambahan kepada laptop berkenaan.

Walaupun aksesori ini dijangkakan akan digunakan di meja kerja pengguna, ia tetap merupakan sebuah aksesori mudahalih. Memasangnya akan menjadikan MacBook Pro baharu menyamai ketebalan MacBook Pro 2012 dengan pemacu cakera optik.

Selain menambah 4TB ruang storan tambahan, OWC DEC juga mempunyai:

  • Slot Kad SD
  • 3 USB 3.0 Type A
  • Gigabit Ethernet

OWC juga bercadang untuk mengeluarkan variasi dengan Display Port dan juga variasi dengan bateri tambahan. Walaupun anda tidak boleh menaiktaraf jumlah RAM, ini merupakan aksesori yang paling hampir boleh menjadikan Macbook Pro baharu benar-benar professional.

Walaubagaimanapun, OWC belum mengumumkan harganya, malah ia juga tidak dapat menganggarkan harganya secara tepat berikutan ketidakstabilan harga cip NAND. Namun, ia dijangkakan tidak murah. Apple meletakkan harga USD1400 untuk menaiktaraf ruang storan 256GB kepada 2TB. Tetapi OWC berkata harga model DEC 4TB lebih murah dari itu.

Jadi, jika anda pengguna professional dan inginkan lebih banyak port dan ruang storan pada Macbook Pro anda, OWC DEC merupakan aksesori tepat untuk anda, walaupun ia dijangka dijual pada harga yang tinggi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top