Komputer

Porsche Design Book One: Laptop dari Pengeluar Kereta Spot

Tidak berpuas hati dengan menempa nama dalam pasaran kereta sport dan telefon pintar, Porche Design mengambil keputusan untuk memasuki pasaran laptop dengan menawarkan Porsche Design Book One. Diumumkan di MWC 2017, Porsche Design dan Microsoft berganding tenaga untuk menghasilkan laptop 2 dalam 1 paling bergaya setakat ini.

Porsche Design Book One: Laptop dari Pengeluar Kereta Spot

Porsche Design Book One merupakan sebuah laptop 2 dalam 1 berukuran 13.3 inci dengan ketebalan 15.8mm. Housingnya diperbuat daripada aluminium dengan kemasan matte dianodkan dan engsel skrin yang direkabentukk dengan kejuruteraan yang berada pada tahap yang sama dengan keretanya. Engselnya bukan sahaja membolehkan skrinnya diputarkan 360 darjah, malah ia boleh ditanggalkan dari keyboard asasnya.

Porsche Design Book One

Laptop ini akan dijual pada harga USD 2,495 apabila ia dijual di US April ini, laptop ini dilengkapi dengan pemproses Intel Core i7-7500U (Kaby Lake) 3.5GHz, disokong oleh 16GB RAM dan SSD 512GB berjenama Intel. Skrin IPS 13.3 inci padanya mempunyai resolusi QHD+ (3,200 x 1,800).

Di samping itu ia dilengkapi 2 port USB-C, 2 lagi port USB 3.0 dan 1 port Thunderbolt 3 (USB-C) serta sebuah kamera infra merah 5MP yang serasi dengan fungsi Windows Hello pada Windows 10 Pro. Daripada spesifikasinya, ternyata laptop ini merupakan sebuah laptop terkini dari segi spesifikasinya.

Dengan rekabentuk bergaya, pen stylus bermagnet dan keyboard berlampu, jelas sekali Porsche Design Book One disasarkan kepada pasaran yang sama dengan Surface Book iaitu golongan profesional dari bidang media dan rekabentuk.

Laptop ini bukan sahaja laptop pertama syarikat itu, malah ia juga merupakan kategori produk baru baginya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top