Komputer

Raspberry Pi Kini Merupakan Komputer Ketiga Paling Laris Sepanjang Zaman

Menurut majalah MagPi, Raspberry Pi merupakan komputer kegunaan umum ketiga paling laris di dunia sepanjang zaman, mengalahkan komputer Commodore 64. Lebih 12.5 juta unit komputer buatan sendiri (DIY) ini telah dijual dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.

Raspberry Pi

Raspberry Pi Kini Merupakan Komputer Ketiga Paling Laris Sepanjang Zaman

Seperti jangkaan anda dua tempat teratas dalam senarai komputer paling laris tentunya komputer PC dan Apple Mac, dan walaupun Raspberry Pi tiada harapan untuk mengalahkan jumlah jualan kedua-dua komputer tersebut, jualannya tetap merupakan satu pencapaian yang hebat bagi komputer sekecil itu.

Dunia berulang-kali berasa teruja dengan kit-kit yang dikeluarkan Rapberry Pi Foundation sejak model pertama komputer kecil itu dikeluarkan pada tahun 2012 lalu. Sejumlah 8 variasi berlainan telah dikeluarkan sejak ia dilancarkan di mana penambahbaikan dilakukan pada spesifikasi dan kebolehannya. Pencapaian 10 juta jualan telah dicapai September lepas.

Raspberry Pi model 3 yang dilancarkan tahun lepas merupakan model paling laris setakat ini dan menurut sumber-sumber rasmi berjumlah dua per tiga daripada jumlah keseluruhan komputer jenama tersebut. Pi Zero W yang baru dilancarkan terjual sebanyak 10,000 unit dalam masa 4 hari  ia dibuka untuk jualan.

Mengatasi jualan Commodore 64 merupakan pencapaian terbaik komputer kecil itu dan seterusnya mengesahkan legasinya dalam lipatan sejarah. Walaupun terdapat konflik dalam laporan mengenai jumlah sebenar jualan Commodore 64, pencapaian ini tetapi hebat bagi sebuah komputer yang pada asalnya hanya dirancangkan pengeluaran sebanyak antara 10 hingga 20,000 unit sahaja.

Kini, sukar digambarkan dunia tanpa Raspberry Pi dan komputer seumpamanya. Ia memberikan kebolehan kepada pereka untuk membina pelbagai peranti dari sistem CCTV kepada konsol permainan video Retro.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top