Komputer

Samsung Melancarkan Monitor Melengkung Quantum Dots

Selepas mengalami malapetaka dengan telefon pintar Galaxy Note 7, Samsung kini beralih kepada segemen monitor gamingnya pula dengan melancarkan monitor melengkung yang menggunakan teknologi Quantum Dots.

Samsung CFG70

Samsung Melancarkan Monitor Melengkung Quantum Dots

Dinamakan CFG70, monitor gaming ini merupakan monitor pertama di pasaran yang menggabungkan teknologi skrin melengkung dengan teknologi Quantum Dots dan Samsung mendakwa ia direka khas untuk para gamers.

Bagaimanakah teknologi Quantum Dots boleh dimanfaatkan oleh gamers? Ia secara asasnya adalah nanokristal kecil yang apabila dicas berupaya memaparkan 125% spektrum warna sRGB dan seterusnya membolehkan pemaparan warna yang tepat dan kontras yang tinggi 3000:1, menghasilkan paparan permainan video yang dinamik.

Selain teknologi Quantum Dots, monitor ini juga menggabungkan teknologi penguranang kekaburan gerakan (motion blur) termaju Samsung dengan panel VAnya untuk menghasilkan masa respon gambar bergerak sepantas 1ms. Ini membolehkan transisi lebih baik antara objek bergerak dan dianimasikan sekaligus menghapuskan potensi gangguan visual.

Monitor berkenaan juga akan menggunapakai teknologi AMD FreeSync berbanding menggunakan fungsi HDMI  bagi menyeragamkan kadar segar semula 144Hz monitor dengan kad grafik AMD pengguna. Hasilnya, pengurangan cela pada gambar yang dipaparkan monitor tersebut.

Spesifikasi seperti ini sememangnya menarik, tetapi untuk menekankan bahawa mereka menyasarkan para gamers, Samsung telah melengkapkan monitor CFG70 ini dengan antaramuka gaming dedikasi yang memudahkan pengubahsuaian dan penyuaian setting permainan.

Monitor ini akan dijual pada harga USD 399 dan USD 499, masing-masing untuk saiz 24 dan 27 inci.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top