Komputer

Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan

Samsung Notebook 9 Pro

Samsung telah melancarkan dua buah laptop boleh ubah iaitu Samsung Notebook 9 Pro 13 dan 15 inci. Ia kelihatan seperti laptop Chromebook Pro versi Windows 10, namun itu bukan satu perkara yang buruk.

Samsung Notebook 9 Pro

Samsung Notebook 9 Pro Dilancarkan

Persamaan antara Samsung Notebook 9 Pro dengan Chromebook Pro ketara sekali dengan keduanya dilengkapi pen Stylus, kerangka dengan penjuru melengkung dan kategori rekabentuk laptop boleh ubah padanya. Ciri-ciri ini digemari pengguna CHromebook Pro dan dibawa kepada model Windows 10 ini.

Samsung menyasarkan laptop baharunya itu untuk pengguna kreatif dengan skrin HD penuh 13 dan 15 inci yang berfungsi dengan S-Pen yang dilengkapkan padanya. Samsung mendakwa ia boleh menterjemah 4,000 tahap tekanan walaupun matanya hanya 0.7mm. Itu 96 tahap kurang dari Surface Pen yang didatangkan dengan Surface Pro, namun berbeza dari pen keluaran Microsft itu, S-Pen ini tidak perlu dicas semula.

Pengguna boleh mula menggunakan S-Pen itu dengan perisian Air Command yang telah sedia terpasang untuk mengambil nota, edit dokumen, dan melukis. Ia juga serasi dengan Windows Ink Workspace termasuk pembaris, protractor dan peralatan melukis maya yang lain.

Kedua-dua model berkenaan didatangkan dengan pemproses Intel Core i7-7500U, 256GB SSD dan bateri 54Wj dengan kebolehan pengecasan pantas. Model 15 inci didatangkan dengan spesifikasi tambahan termasuk GPU AMD Radeon 540  dan 16GB DDR4 RAM di mana model 13 inci hanya mempunyai 8GB RAM.

Samsung belum mengumumkan harga laptop ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top