Komputer

Skandal Ryzen: Pemproses Tiruan Dilaporkan Dijual di Amazon

Ryzen 3

Para penipu tidak melepaskan peluang untuk mengaut keuntungan haram hasil dari populariti pemproses Ryzen lewat ini dengan laporan bahawa terdapat pemproses tiruan dijual di Amazon.

Ryzen 3

Skandal Ryzen: Pemproses Tiruan Dilaporkan Dijual di Amazon

Sebenarnya perkara ini bukan perkara baharu. Sejarah penipuan penjualan pemproses murah menggunakan pakej pemproses yang lebih mahal telah lama tercatat dalam sejarah penipuan atas talian. Menurut laporan laman web PC Gamer, dalam kes ini terdapat meraka yang memesan CPU Ryzen 7 1700 di Amazon, malangnya hanya menerima pemproses Celeron.

Pemproses Tiruan Intel itu didatangkan dalam pakej Ryzen asal, lengkap dengan logo pada CPU tersebut. Tetapi jika diteliti dengan lebih dekat, logo itu hanyalah pelekat. Terdapat beberapa petunjuk jelas yang menunjukkan ia merupakan pemproses tiruan termasuk CPU tersebut tidak mempunyai pin di bahagian bawahnya, dan penyerap haba yang didatangkan dengannya jelas sekali yang salah, tambahan pula kotak yang mana ia didatangkan jelas sekali telah diganggu atau telah dibuka.

Penipuan sebegitu pernah dilaporkan di tempat lain di atas talian mungkin dibeli dari penjual pihak ketiga di Amazon Marketplace atau dibeli terus dari Amazon. Bukan Amazon menjual barang tiruan, sebaliknya ia menjual stok pemproses yang dipulangkan oleh pembeli, tetapi pembeli itu telah menukarkan pemproses dalam kotak itu dengan satu pemproses tiruan atau murah sebelum memulangkannya. Tiada apa yang pasti buat masa ini, namun dua kemungkinan ini merupakan situasi yang mungkin terjadi.

Malah di Reddit terdapat cakap-cakap bahawa ini merupakan satu operasi penipuan besar-besaran, namun belum ada cukup bukti untuk mencapai kesimpulan itu. Apa pun, Amazon pantas bertindak memulangkan bayaran pembelinya dan menghadihkan kupon hadiah kepada mereka yang tertipu oleh skandal ini.

Mujur pengguna di Malaysia tidak banyak melanggan di Amazon atau di laman penjualan pihak ketiga seperti eBay, tetapi jika anda salah seorang yang membeli di laman-laman tersebut, pastikan penjual yang anda langgani mempunyai maklumbalas positif yang sangat banyak sebelum membeli darinya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top