Komputer

Tiubnano Karbon Membolehkan Pemproses Lebih Pantas

Bagi anda yang mengikuti perkembangan teknologi terkini, tentu mengetahui bahawa para pengeluar cip sedang menghadpi masalah untuk mendapatkan prestasi lebih tinggi daripada cip silikon. Nampaknya teknologi silikon sudah mencapai hadnya. Oleh itu, mereka mencari alternatif kepada silikon dan tiubnano karbon nampaknya memperlihatkan potensi yang besar.

Tiubnano Karbon

Tiubnano Karbon Membolehkan Pemproses Lebih Pantas

Para saintis di University of Wisconsin-Madison, telah memperolehi kejayaan membina transistor dari tiubnano karbon yang mempunyai prestasi yang mengalahkan transistor silikon dengan membenarkan arus elektirik 1.9 kali ganda dari silikon.

Para penyelidik telah emperoleh kejayaan dari segi menyelaraskan atau menyusun tiubnano itu pada wafer dan menjamin ketulenannya. Menghapuskan pencemaran logam penting kerana logam boleh mengganggu sifat semikonduktur bahan itu dan mungkin menyebabkan litar pintas.

Salah seorang ketua dalam kumpulan penyelidik itu. Michael Arnold, berkata mereka telah mengenalpasti keadaan di mana mereka boleh menghapuskan pencemaran logam di mana mereka memperolehi tiubnano metalik kurang dari 0.01%.

Secara teori, tiubnano itu mempunyai prestasi sehingga 5 kali ganda lebih baik dari silikon atau menggunakan 5 kali kurang tenaga bagi peranti yang memfokuskan kepada penjimatan tenaga berbanding prestasi. Hasilnya ialah pemproses dengan prestasi lebih pantas, komunikasi tanpa wayar lebih pantas dan jangkahayat bateri yang lebih baik di masa hadapan.

Namun, pasukan itu masih mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan kerana mereka perlu menskalakan produksinya ke peringkat komersialisasi.

Menurut IBM, mereka menjangkakan pemproses menggunakan tiubnano karbon akan menjadi kenyataan dalam dekad ini dan oleh kerana ia fleksibel, ia boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis elektronik fleksibel.

Nampaknya kita akan dapat melihat pelbagai inovasi menarik dalam bidang elektronik dalam masa beberapa tahun akan datang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top