Komputer

Unit Penyejuk dan Seni Kotak AMD Ryzen Bocor

Satu ketika dahulu pada penghujung 90an hingga pertengahan 2000an, AMD dan Intel merupakan dua pesaing rapat dalam dunia semikonduktur dunia. Malangnya, prestasi pemproses AMD di penghujung 2000an dan awal 2010an semakin merosot dan tidak mampu bersaing dengan Intel dari segi prestasi dan penjimatan tenaga. AMD masih mampu kekal hidup kerana pemproses mereka dijual pada harga yang sangat kompetatif berbanding pemproses Intel. Tetapi semua bakal berubah dengan pengenalan pemproses AMD Ryzen tidak lama lagi.

Unit Penyejuk dan Seni Kotak AMD Ryzen Bocor

Sehubungan dengan itu, senarai unit penyejuk dan seni kotak AMD Ryzen telah bocor ke web. Dari aspek unit penyejuk, AMD akan memasarkan pemprosesnya dalam pelbagai cara. Pertama, untuk OEM, di mana pemproses dijual secara pukal dalam dulang dan kemudian terdapat untuk konsumer melalui PIB (Processor in Box) di mana terdapat 3 varian (dengan penyejuk standard, Wraith Spire dan Wraith Max) dan terakhir ialah pemproses tanpa penyejuk. WOF (Without Fan).

 

Dari jadual di atas, diperhatikan bahawa pemproses R7 1800X, R7 1700X, dan R7 1700 dijangka pemproses pertama yang akan dikeluarkan. R7 1800X dan R7 1700X dijangka akan dijual dengan mempunyai pilihan penyejuk Wraith Max. Penyejuk ini boleh menyejuk pemproses sehingga TDP 140w dan mempunyai berat 545g serta berukuran R7 1800X and R7 1700X. Di bawah merupakan rekabentuk kotak pemproses dengan penyejuk.

AMD Ryzen

 

R7 1700 pula mempunyai pilihan untuk disertakan dengan penyejuk Wraith Spire, yang boleh menyejuk pemproses dengan TDP sehingga 95w. Ia seberat 452g dan berukuran 109 mm x 103 mm x 54 mm. Kotak bagi varian itu pula adalah seperti di bawah.

Akhir sekali, berikut pula adalah kotak bagi varian pemproses sahaja.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top