Adobe Mengumumkan Lightroom 5 Beta Untuk Muat Turun

Perisian penyuntingan dan pengurusan foto popular Adobe Lightroom 5 kini boleh didapati dalam versi Beta untuk umum percuma. Ini bertujuan bagi membolehkan syarikat tersebut mengumpulkan maklumbalas dari pengguna yang menggunakan perisian tersebut dan memberi-maklum balas mengenainya sebelum pelancaran rasmi.

Adobe Lightroom 5

Adobe Mengumumkan Lightroom 5 Beta Untuk Muat Turun

Terdapat beberapa fungsi baru dan juga fungsi yang diperbaiki dari versi terdahulunya iaitu Adobe Lightroom 4.

Filter Radial membolehkan vignettes diletakkan pada tempat-tempat berbeza pada gambar dan bukan sahaja pada penjurunya. Penambahbaikan telah dilakukan pada fungsi healing brush dan kini pengguna boleh menetapkan sendiri bentuk berus berbanding hanya bentuk bulat.

Terdapat juga cara baru untuk memperbaiki perspektif dan element menegak yang bertemu (converging verticals) hanya dengan satu butang dipanggil Upright Tool. Adobe mengatakan terdapat lebih 50 JDI (Jus Do It) tambahan bagi mempercepatkan aliran kerja.

Adobe Lightroom 5

Fungsi Visualize Spots pula akan mengesan habuk pada sensor untuk tujuan pemadaman. Sensitiviti  fungsi ini boleh diubah mengikut keperluan anda. Fungsi Smart Preview merupakan satu fungsi yang menarik di mana anda boleh menyunting sesebuah imej walaupun fail penuh belum diperolehi kerana ia berada dalam hard disk luaran. Apabila fail tersebut telah diperolehi, segala perubahan akan dilaksanakan pada foto tersebut.

Cara Photo Books dibuat juga menerima pembaharuan di mana kini proses mengubah nombor mukasurat adalah lebih mudah manakala template muka surat kini boleh dibuat. Adobe juga telah memikirkan bagaimana jurufoto masa kini mengendalikan bukan sahaja foto, malahan juga video. Satu lagi fungsi baru ialah fungsi slideshow yang membolehkan pengguna menggabungkan video dan foto kedalam satu slideshow HD.

Adobe Lightroom 5 beta boleh dimuat-turun di laman web Adobe sehingga waktu beta telah tamat.

Tags: , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Perisian

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • siti aisyah: apesal pulak biarlah dia nak jual.telefon dia yang nak jual …
  • iMyn: Ada bro. Saya tgk kat kedai game ada jual. Tak pun try tgk k…
  • wan: salam bro..sekarang ni console xbox one ada jual ke kat mala…
  • fata: hi, saya dari indonesia. boleh kunjung ke website saya http:…
  • hpmurah2u: alahainya cantiknya Speaker Samsung di atas tu.. …
  • iMyn: Sorry bro, ni problem luarbiasa ni. Tak dapat nak tolong. ke…
  • haziq: RM0.00 Dear Mohd, Sorry! The Cun Plan is not applicable for …
 
 

Ruangan Perkenalan