Perisian

Continuum Pada Windows 10 Mobile Semakin Bertambah Baik

Semasa Microsoft memperkenalkan Windows 10 Mobile, fungsi paling utama yang membezakannya dengan OS mudahalih lain adalah fungsi Continuum. Fungsi ini membolehkan telefon pintar disambungkan kepada monitor dan keyboard seterusnya menjadikannya umpama sebuah PC.

Windows 10 Mobile Continuum

Continuum Pada Windows 10 Mobile Semakin Bertambah Baik

Namun pada awal pengenalannya, terdapat banyak masalah dengan fungsi Continuum termasuk masalah prestasi dan kestabilan. Tetapi baru-baru ini Microsoft telah memperkenalkan kemaskini Anniversary Update yang memperkenalkan penambahbaikan kepada OS tersebut. Saluran Youtube dengan nama TechAltar telah membuat review OS tersebut semasa pelancarannya dan kini beliau telah membuat penilaian seimbang mengenai OS tersebut selepas kemaskini Anniversary Update. Review beliau boleh ditonton di bawah dan kami rasakan review beliau mengenai OS tersebut paling seimbang setakat ini.

Antara poin penting dalam review tersebut:

  • Banyak penambahbaikan dari segi prestasi dan kestabilan serta kefungsian.
  • Lumia 950 bukanlah peranti terbaik untuk OS ini, ia cepat panas akibat penggunaan pemproses Snapdragon 808. Namun ia cukup untuk tugasan produktiviti ringan, menonton video dan melayari web. Apa pun, itu masalah perkakasan, bukan OS. Tentu peranti yang lebih baik akan dikeluarkan selepas ini.
  • Sungguhpun demikian pengalaman penggunaannya lancar.
  • skrin telefon pintar boleh digunakan sebagai trackpad untuk melayari antaramukanya jika anda hanya mahu menonton video pada skrin besar tanpa menggunakan keyboard.
  • Masalah app bukan lagi masalah terbesar kerana terdapat banyak aplikasi native utama yang memenuhi keperluan sehari-harian seperti Office, FB, Instagram, news dan sebagainya.
  • Terdapat 3 cara penggunaan Continuum, setiap satu dengan kelemahannya tersendiri
    1. Menggunakan penyambung khas yang dibeli secara berasingan – tetapi ia tidak menjadikan peranti itu mudahalih kerana memerlukan skrin, keyboard dan mouse untuk digunakan.
    2. Membeli “laptop” khas untuk penggunaan dengan Continnum, seperti yang dikeluarkan HP. Walaubagaimanapun, cara ini mungkin lebih mahal dari membeli telefon pintar bajet + laptop bajet, jadi ia tidak begitu praktikal dari segi kewangan.
    3. Strim Continuum sebagai aplikasi dalam laptop sedia ada. Cara ini lewah atau bertindih kerana jika anda mempunyai laptop, untuk apa anda menggunakan Continuum.
  • Walaupun masih terdapat banyak kelemahan, Continuum sedang ditambahbaik dengan pantas.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top