Perisian

Facebook 360: Aplikasi Media Social VR

Facebook telah mengumumkan aplikasi pertamanya yang dikhaskan untuk VR. Ia digelar Facebook 360 dan direka untuk Samsung Gear VR. Headset VR tersebut telah dibangunkan dengan kerjasama Oculus, yang telah dimiliki Facebook sejak 3 tahun lalu.

Facebook 360: Aplikasi Media Social VR

Facebook 360 menandakan satu lagi arena VR yang ingin dipromosikan Facebook iaitu foto dan video imersif. Ini merupakan asas kepada pengalaman Facebook 360. Antara ciri-cirinya adalah aplikasi tersebut akan memaparkan foto dan video 360 dari News Feed anda ke headset anda.

Aplikasi terbaharu Facebook ini terbahagi kepada 4 suapan semasa pelancarannya. Pertama adalah Explore yang membolehkan anda meneroka kandungan 360 yang menarik dan popular yang dikongsi oleh pihak media, organisasi dan pembikin persendirian.

Kemudian terdapat suapan Following, yang memaparkan kandungan 360 yang dikongsi oleh rakan, laman dan individu yang anda ikuti. Suapan Saved pula menyimpan kandungan 360 yang anda pilih untuk tontonan kemudian hari. Akhir sekali adalah suapan Timeline yang membolehkan anda nikmati kandungan 360 yang anda sendiri muatnaik.

Walaupun ia bukan suatu ciri yang baharu, anda boleh memberi reaksi kepada kandungan 360 dari dalam aplikasi tersebut dan juga mengongsikannya pada News Feed Facebook anda sendiri. Menurut Facebook, ia akan menambah lebih banyak ciri-ciri baharu tidak lama lagi.

Untuk memuatturun aplikasi ini, anda perlu mempunyai aplikasi Oculus pada telefon pintar mesra Gear VR anda dan memuatturnnya dari dalam aplikasi Oculus tersebut dengan mencari dengan kata kunci Facebook 360.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top