Perisian

Facebook Melancarkan Aplikasi Berita Notify

Facebook telah melancarkan Notify, sebuah aplikasi yang memaparkan notifikasi berbentuk berita kepada skrin kunci telefon pintar berdasarkan minat anda.

facebook-notify-970-80

Facebook Melancarkan Aplikasi Berita Notify

Mendapatkan berita yang anda inginkan samada pada telefon pintar atau komputer tidak semudah yang diharapkan. Aplikasi Notify bakal mengubahnya. Pengguna boleh menggunakannya dengan memilih senarai kategori Notify yang panjang yang mendapatkan berita dari sumber-sumbernya berdasarkan citarasa, minat dan hobi pengguna.

Setelah anda menetapkan aplikasi ini dan memilih kategori-kategori berita yang diingini, pengguna boleh menyelami setting ini dengan lebih mendalam dengan menetapkan kategori-kategori berita yang ingin dipaparkan secara spesifik pada skrin kunci.

Pada asasnya, ia tidak banyak berbeza dari aplikasi berita lain seperti Apple News atau Twitter, bezanya adalah bagaimana ia memaparkan berita itu. memaparkan berita pada skrin kekunci mengurangkan kerja anda yang biasanya terpaksa melayari laman web berita untuk mendapatkan berita yang anda ingini.

Bagi sesetengah pengguna, notifikasi agak mengganggu dan kadang-kala pengguna hanya mengendahkannya. Namun jika berita itu merupakan berita yang memang diinginkan dan dihantar tepat pada waktunya, ia mungkin boleh mengubah minda pengguna-pengguna ini.

Aplikasi Notify kini tersedia untuk iOS. Tidak disebut samada ia akan dilancarkan untuk Android, tetapi mengikut sejarah, pembangun mana yang ingin melepaskan peluang untuk melancarkan aplikasi berguna kepada platform Android?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top