Perisian

Fungsi Power Throttling Pada Windows 10 Menjimatkan Bateri Laptop

Windows 10 Creators update baharu 2 minggu dilancarkan, tetapi Microsoft telahpun mula menyediakan kemaskini seterusnya untuk OSnya itu. Kali ini ia memfokuskan kepada kuasa bateri. Syarikat itu mengumumkan dalam satu pos blog bahawa kemaskini seterusnya akan disertakan dengan fungsi yang digelar Power Throttling untuk tablet dan laptop.

Power Throttling

Fungsi Power Throttling Pada Windows 10 Menjimatkan Bateri Laptop

Fungsi tersebut sedang diuji secara Public Beta melalui program Windows Insider Fast Ring di bawah Build 16176. Sebagai penambahbaikan mendalam kepada fungsi Batteri Saver pada versi Windows 10 sedia ada, Power Throttling membolehkan pengguna menentukan sendiri samada keperluan pemprosesan bagi aplikasi atau proses sistem yang spesifik, direndahkan. Bermakna Windows 10 akan menghadkan jumlah penggunaan sumber pemprosesan aplikasi tersebut.

Pengguna boleh menetapkan seting ini menggunakan satu slider bar di mana posisi paling kiri adalah penjimatan tenaga tertinggi dan posisi paling kanan ialah prestasi tertinggi. Pengguna juga boleh menetapkan secara spesifik, aplikasi-aplikasi yang mahu dikawal penggunaan sumber. Jika perlu kedua-dua cara tersebut beleh digunakan.

Microsoft mendakwa dalam pengujian awal, ia mendapati pengurangan penggunaan CPU sehingga 11% dan ini bermakna penggunaan tenaga bateri juga dikurangkan. Satu sistem pengesanan dalam Windows 10 akan menentukan aplikasi mana yang perlu dikurangkan penggunaan sumber pemproses, berapa jumlah penghadan dikenakan, dan pada bila masanya, semuanya berdasarkan kekerapan penggunaan aplikasi-aplikasi pada komputer tersebut. Ini dicapai menggunakan Machine Learning.

Walaubagaimanapun, fungsi ini dibolehkan oleh ciri yang terdapat pada pemproses Intel, iaitu Intel Speed Shift. Ciri ini membolehkan pemproses mengawal voltan dan frekuensinya sendiri. Ia hanya tersedia pada pemproses Core generasi ke 6 (Skylake) dan seterusnya. Namun Microsoft sedang berusaha untuk memperkembang sokongan untuk pemproses lain.

Fungsi Power Throttling dijangka akan disertakan dalam kemasikini besar Windows 10 yang dijangka akan diterbitkan dalam musim luruh nanti (sekitar September).

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top