Perisian

Google Dikhabarkan Sedang Membangunkan OS Baharu Digelar Fuchsia

Dengan Android dan Chrome OS dalam inventori mereka, Google tentunya sibuk membangun dan menyokong dua OS itu. Namun menurut Android Police, ia telah menemui bukti yang merujuk kepada “Fuchsia” (sebuah OS yang baharu) dalam kod yang ditinggalkan di GitHub.

Fuchsia

 Google Dikhabarkan Sedang Membangunkan OS Baharu Digelar Fuchsia

Berlainan dari Android dan Chrome OS, Fuchsia tidak dibangunkan berasaskan Linux, dan Google mahukan ia dilarikan pada semua jenis peranti yang berlainan saiz termasuk termostat, peranti boleh pakai dan dashboard kereta di mana Linux OS terlalu berkuasa untuk tugasnya.

Tetapi OS ini masih cukup berkuasa untuk dilarikan pada telefon pintar dan komputer dan berdasarkan kodnya, kelihatan seperti ia mempunyai beberapa ciri keselamatan dan grafik yang maju sedang dibangunkan padanya. Namun, tiada maklumat rasmi diterbitkan oleh Google buat masa ini.

Bagi yang tidak berpengalaman dalam bidang hortikultur, fuchsia adalah jenis tumbuhan berbunga yang meliputi 11o spesis bunga. Adakah ia memberi pembayang kepada apa yang bakal ditawarkan OS Google itu atau jenis peranti yang boleh melarikannya, terpulang kepada anda untuk membuat spekulasi.

Dalam tahun-tahun sebelum ini terdapat khabar angin berlegar yang mengatakan Google merancang untuk mengabungkan Android OS dan Chrome OS, dan Chromebook telah dinaiktaraf untuk menyokong aplikasi Android. Mungkin Fuchsia merupakan satu percubaan Google untuk bermula dari bawah bagi melaksanakan objektifnya itu.

Buat masa ini kami tidak mengatahui dengan jelas apakah perancangan Google untuk OS bahrunya itu, namun kami akan mengikuti perkembangannya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top