Perisian

Apple Menjadikan Aplikasi iWork Percuma

Sepertimana anda ketahui sejak pelancaran Microsoft Office 365, langganan aplikasi tersebut mengalami perubahan yang tidak digemari pelanggan. Ia kini perlu dilanggani secara bulanan atau tahunan dengan yuran paling rendah RM27.99 sebulan untuk langganan Office 365 personal setahun. Jika anda ingin membeli terus dengan sekali bayaran, versi Home & Student berharga RM569.99. Tetapi, jika anda memiliki komputer Apple Mac, syarikat itu mempunyai produk pesaing yang dinamakan iWork yang, sejak beberapa tahun dahulu, diberikan secara percuma dengan pembelian komputer baharu.

Apple Menjadikan Aplikasi iWork Percuma

Walaubagaimanapun, jika anda membeli komputer sebelum pengumuman pelan tersebut, anda masih perlu membayar untuk memuatturun aplikasi iWork itu. Sebagai contoh, admin membeli Mac Mini pada penghujung tahun 2012, bermakna komputer tersebut tidak disertakan dengan iWorks dan ia perlu dibeli dan dimuatturn.

Kini Apple telah menjadikan aplikasi-aplikasi iWork percuma secara keseluruhannya kepada semua komputer Mac, termasuk yang dibeli sebelum pengumuman pelan penyertaan iWorks percuma kepada komputer baharu. Ini membolehkan pengguna-pengguna Mac seperti admin untuk memuatturunnya secara percuma dan jika perlu, meninggalkan sepenuhnya aplikasi Microsoft Office 365.

Muatturun percuma juga termasuk versi iOS aplikasi tersebut. Pengguna boleh memuatturun aplikasi iWork melalui pautan berikut:

 

Semoga aplikasi ini dapat membantu anda dalam menjalankan kerja seharian.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top