Share

Kemaskini App Youtube iOS Menyertakan Live Streaming

Kemaskini app Youtube untuk iOS akhirnya membenarkan pengguna mengakses acara yang di”stream” secara langsung di laman perkhidmatan videonya itu. Kemaskini yang dilancarkan semalam tampil sehari selepas acara Coachella music festival di Indio, California yang telah melabuhkan tirainya.

App Youtube

Kemaskini App Youtube iOS Menyertakan Live Streaming

Youtube telah melancarkan kemaskini terbaru bagi aplikasi iOS di App Store semalam. Namun, masa pelancaran itu sedikit lambat kerana jika ia dilancarkan sehari awal, lebih ramai pengguna iPhone dan iPad dapat menonton acara festival musik Coachella.

Pada festival tersebut, penyanyi popular Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu “Gangnam Style” telah mempersembahkan single terbarunya Gentleman yang boleh di”stream” oleh para peminat melalui laman video milik Google tersebut.

Kemaskini tersebut juga membawa peningkatan kepada fungsi Airplay Send to TV yang didedahkan kepada pengguna iOS pada bulan Februari lepas setelah diperkenalkan kepada pengguna Android pada November tahun lepas. Pengguna kini boleh mengaturkan video untuk dihantar kepada peranti yang serasi TV Google serta konsol Xbox 360 dan Playstation 3.

Kemaskini terbaru Youtube itu juga mempercepatkan akses kepada video baru dimuat-naik melalui My Subscriptions dan juga memperbaiki isu kestabilan dan prestasi.

Bagi anda yang belum mengemaskini aplikasi Youtube pada peranti iOS, anda kini boleh berbuat demikian.

Leave a Comment