Perisian

Kemaskini Besar Windows 10 Hadir Hari Ini

Microsoft telah menguji kemaskini Windows 10 untuk beberapa bulan dan kini ia telah sedia untuk diedarkan kepada umum. Lebih 110 juta peranti menjalankan Windows 10 dan kemaskini ini akan ditawarkan kepada peranti-peranti tersebut hari ini.

windows 10-xbox-970-80

Kemaskini Besar Windows 10 Hadir Hari Ini

Kemaskini besar Windows 10 membawa pelbagai penambahbaikan dan perubahan kepada antaramuka yang asalnya disasarkan kepada versi terakhir Windows 10. Satu perubahan yang besar adalah bar tajuk berwarna baharu untuk aplikasi desktop. Semua aplikasi akan kelihatan serupa dengan aplikasi yang sememangnya direka untuk Windows 10 dan Microsoft telah menambahbaik menu konteks di seluruh OS tersebut bagi menampilkan rekabentuk lebih besar dan gelap, seiring dengan tema keseluruhan.

Satu lagi perubahan besar pengenalan Skype yang diintegrasikan ke dalam aplikasi permesejan dan aplikasi Skype Video khas. Kedua-duanya boleh dimuatturun melalui Windows Store dan ia direka untuk memberikan akses asas kepada permesejan, panggilan audio dan video tanpa perlu memuatturun aplikasi skype penuh.

Kemaskini yang lain kebanyakannya hanya kecil sahaja, termasuk penambahbaikan pada rekabentuk icon. Windows 10 kini membenarkan pengguna memasang aplikasi kepada pemacu luaran. Penambahbaikan pada mod tablet membolehkan pengguna meleret ke bawah untuk menutup aplikasi dan menyusun tetingkap dengan lebih mudah.

Microsoft juga memperbaiki pelayar web Edge dan Cortana dalam kemaskini Windows 10 musim luruh ini. Edge akan menyegerak pautan favorites, seting dan senarai membaca di samping fungi tab preview baharu. Untuk negara yang menyokong penggunaan Cortana, ia kini boleh berfungsi tanpa akaun Microsoft.

Kemaskini ini boleh dimuatturn hari ini dari Windows Update.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top