Perisian

Kemaskini Penting Windows 10 Hadir Minggu Ini?

Microsoft telah meluluskan satu set kemaskini Windows 10 dan kemaskini tersebut dilaporkan akan hadir kepada para Windows Insider seawal minggu ini. Diberi nama kod Threshold 2, kemaskini ini dijangka akan diberi nombor build 10586.

windows 10-xbox-970-80

Kemaskini Penting Windows 10 Hadir Minggu Ini?

Menurut Winbeta, Microsoft sedang menyediakan kemaskini Threashold 2 untuk desktop dan peranti mudahalih, bermakna pengguna Windows 10 boleh mengharapkan kemaskini pada desktop, tablet, laptop dan telefon pintar Windows milik mereka.

Kemaskini ini dijangka akan diterbitkan bulan ini kepada semua pengguna Windows 10 dan khabarnya ia akan diterbitkan pada 10 November untuk semua pengguna biasa sebagai sebahagian daripada jadual kemaskini hari Selasa.

Penambahbaikan yang dijangka pada kemaskini ini ialah integrasi fungsi permesejan pada Skype dan penambahbaikan pada pelayar web Microsoft Edge. Kemaskini itu juga akan membaiki beberapa pepijat, namun tidak jelas samada pepijat yang dimaksudkan termasuk pepijat perkakasan yang dialami Surface Book dan Surface Pro 4.

Jika anda pengguna Windows 10 yang mempunyai PC and Windows Phone, kemaskini Threshold 2 akan menjimatkan masa anda. Apabila anda sedang bekerja menggunakan laptop anda dan satu mesej diterima di telefon pintar anda, anda tidak perlu mengeluarkan telefon pintar anda untuk menjawab mesej tersebut.

Menggunakan Cortana pada PC, Threshold 2 membolehkan pengguna Windows 10 membaca dan membalas mesej dari telefon pintar Windows 10 Mobile menggunakan PC. Fungsi ini serupa dengan fungsi continuity pada OS X dan iOS.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top