Perisian

Microsoft Bakal Mengubah Skype Secara Drastik

Microsoft mengumumkan ia akan melancarkan aplikasi Skype Universal Windows Platform (UWP) kepada ahli Windows Insider. Para penguji yang menggunakan Windows 10 akan dapat menguji aplikasi tersebut dalam beberapa minggu lagi, tetapi pengguna Windows 10 Mobile hanya akan dapat mengujinya tidak lama selepas itu.

Skype UWP hero-970-80

Microsoft Bakal Mengubah Skype Secara Drastik

Menurut Microsoft, ia telah mempelajari banyak perkara daripada maklum balas yang diterimanya berkenaan Skype yang diintegrasikan dengan Windows 10 penghujung tahun lepas yang memperlihatkan pelbagai rungutan. Rungutan paling dominan ialah kebolehgunaannya pada pada skrin besar peranti seperti tablet, laptop boleh ubah dan monitor desktop. Masalah ini akan menjadi fokus utama yang akan diselesaikan aplikasi UWP.

Microsoft menjanjikan antaramuka yang lebih lancar serta rekabentuk dan persekitaran yang ringkas tanpa sebarang menu yang tidak diperlukan dan pengeluaran fungsi yang bertindih. ia telah melakukan perubahan yang besar dan menu globalnya kini merupakan menu tetapan tunggal dengan menu konteks akan ditambah  tidak lama selepas ini.

Skype UWP snap-650-80

Dengan aplikasi ujian ini, pengguna boleh log masuk menggunakan akaun Microsoft dan kemudian mengaitkannya kepada ID Skype-nya dan kemudian beliau boleh melihat senarai rakannya. Aplikasi ini membolehkan pengguna chat, membuat panggilan, menghantar gambar dan mengambil bahagian dalam chat berkumpulan. Terdapat juga sokongan untuk Emoji.

Buat masa ini hanya fungsi-fungsi asas dibolehkan dalam versi ini, tetapi Microsoft berkata versi-versi berikutnya akan memperkenalkan kebolehan untuk mewujudkan kumpulan, dan menggunakan permesejan, panggilan dan video berkumpulan. Pengguna juga akan dapat berkongsi skrin dan fail dengan rakan Skype mereka.

Satu keutamaan Microsoft adalah untuk menjamin aplikasi Skype itu lancar dan responsif. Pengguna boleh kekal menggunakan versi Skype sedia ada, tetapi pada akhirnya semua akan diintegrasikan ke dalam aplikasi UWP ini. Namun, itu tidak akan berlaku selagi Microsoft belum dapat menjami satu aplikasi berkualiti dan ringan dengan kesemua fungsi padanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top