Perisian

Microsoft Melancarkan Windows Store For Business

April lalu, Microsoft telah mengumumkan ia akan melancarkan sebuah gedung Windows Store khas untuk golongan korporat dan perniagaan. Kini Microsoft telah melancarkan Windows Store For Business di 21 buah negara bagi mengotakan janjinya itu.

windows-store-for-business-970-80

Microsoft Melancarkan Windows Store For Business

Kini pengurus IT di Australia, Belgium, Brazil, Canada, Finland, France, Germany, India, Indonesia, Ireland, Italy, Japan, Mexico, Netherlands, Poland, Russia, Spain, Sweden, Switzerland, UK dan US boleh mendaftar untuk perkhidmatan ini di laman web rasmi gedung itu.

Perkhidmatan ini membolehkan pemilik perniagaan mendapatkan, menguruskan dan mengedarkan aplikasi Windows Store dengan mudah dalam sesebuah syarikat.

Kelebihan utama perkhidmatan ini ialah ia membolehkan pengurus IT memilih, membeli dan mengedarkan aplikasi ke perniagaan sebarang saiz dengan mudah, termasuk kebolehan membeli berbilang lesen untuk satu aplikasi dengan satu transaksi sahaja.

Terdapat 3 metod pengedaran, sekaligus memberi fleksibiliti kepada pengurus IT berkenaan cara mengedarkan aplikasi kepada pengguna dalam syarikatnya. Mereka boleh menetapkan applikasi untuk pengguna atau kumpulan pengguna tertentu, menetapkan storan tersendiri bagi membolehkan pengguna memuatturun aplikasipada bila-bila masa atau menggunakan penyelesaian pengurusan pihak ketiga.

Syarikat dengan keperluan keselamatan yang unik juga boleh memanfaatkan mod perlesenan lura talian yang membolehkan aplikasi dipasang pada peranti yang tiada sambungan internet, tanpa menggunakan sistem perlesenan atas talian Microsoft.

Untuk maklumat lanjut mengenai Microsft Store for Business layari laman rasmi gedung tersebut.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



To Top