Perisian

Microsoft Memperkenalkan Windows 10 Fall Creators Update

Microsoft mengumumkan kemaskini utama terbaharunya, Windows 10 Fall Creators Update akan diterbitkan lewat tahun ini. Tidak dinafikan Windows 10 Creators Update baru sahaja diterbitkan tidak lama dahulu, namun Microsoft berkata ia belum habis mempertingkatkan OSnya itu untuk golongan kreatif.

 

Microsoft Memperkenalkan Windows 10 Fall Creators Update

Selain menggunapakai rekabentuk UI Fluent Design seperti yang dijelaskan dalam pos sebelum ini, terdapat juga beberapa perisian baharu yang akan diperkenalkan dalam kemaskini terbaharu ini. Antaranya adalah Windows Story Remix.

Windows Story Remix

Paling menarik mengenai perisian ini adalah ia membolehkan pengguna menghasilkan kandungan “mixed reality”. Microsoft membuat demonstrasi perisian itu dengan memasukan objek 3D ke dalam foto dan video untuk memperkuatkan penceritaan.

Selain itu, perisian ini membantu pengguna menghasilkan memori yang boleh dikongsi menggunakan foto dan video mereka dengan mencantumkannya secara automatik. Setelah itu, pengguna boleh menokok tambah muzik, transisi sinematik, atau menulis dan melukis di atasnya menggunakan Windows Ink.

Windows Story Remix juga merupakan aplikasi kolaboratif di mana sebagai contoh, ibu bapa pemain dalam satu perlawanan bola sepak boleh mengambil video dari sudut berlainan dan aplikasi tersebut akan mengumpulkan video-video tersebut untuk menghasilkan video menarik.

Dengan ciri pengecaman wajah, pengguna juga boleh menetapkan orang tertentu sebagai permulaan video.

Timeline

Microsoft juga telah menambahkan pada Windows 10 Fall Creators Update kebolehan istimewa kepada mereka yang gemar bertukar-tukar peranti.

Fungsi Timeline diperkenalkan Microsoft bagi membolehkan pengguna menyambung kerja yang dibuat pada satu masa sebelumnya. Cara ia berfungsi ialah dengan memaparkan secara visual, garis masa desktop pengguna, membolehkannya membuka semula fail, laman web dan aplikasi yang sedang mereka akses ketika itu. Secara asasnya ia seperti fungsi Time Machine pada MacOS, bezanya Timeline membolehkan pengguna mendapatkan semula keadaan desktop pada sesuatu masa tertentu.

Akhir sekali Clipboard membawa fungsi “copy and paste” universal kepada peranti-peranti Windows. Disamping dapat menyalin teks dan pautan web, Clipboard juga membolehkan pengguna memindahkan foto dan animasi GIF dari PC Windows ke peranti mudahalih pilihan mereka.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top