Perisian

Microsoft Menamatkan Sokongan Aplikasi Office Percuma Pada Chromebook

Pengguna Chromebook atau tablet dengan skrin lebih besar dari 10.1 inci tidak lama lagi akan kehilangan keupayaan menjalankan aplikasi Microsoft Office Mobile secara percuma. Peranti lebih besar akan menyokong aplikasi office percuma itu, namun hanya untuk membuka dokumen. Jika pengguna mahu menghasilkan dokumen baharu, mereka terpaksa melanggan kepada Microsoft Office 365.

aplikasi office percuma

Microsoft Menamatkan Sokongan Aplikasi Office Percuma Pada Chromebook

Applikasi Android hadir ke Chromebook Jun lalu, namun hanya kini telah Microsoft mengumumkan ia akan menghadkan penggunaan aplikasi percumanya itu.

Dalam satu kenyataan yang dibuat melalui 9to5 Google, syarikat itu berkata “Pada peranti lebih besar dari 10.1 inci, langganan kepada Office 365 diperlukan untuk menyahkunci kebolehan untuk menghasilkan, edit atau mencetak dokumen”.

Pengumuman ini adalah hasil langsung polisi sediaada Microsoft yang menyasarkan untuk menggunakan saiz skrin untuk membezakan antara peranti mudahalih, yang sesuai untuk digunakan secara persendirian, dengan peranti professional.

Berdasarkan kajian Microsoft, hanya peranti dengan skrin 10.1 inci dan kurang boleh digelar peranti mudahalih di mana pengguna lebih cenderung menggunakannya secara mudahalih dalam situasi peranti besar seperti PC dan Mac tidak praktikal.

Jika anda inginkan perisian produktiviti untuk Chromebook yang lebih besar dari 10.1 inci, mungkin Google Docs sesuai untuk keperluan anda. Selain itu WPS Office + PDF merupakan versi mudahalih perisian dengan nama yang sama dan Polaris Office + PDF (dipasang pada kebanyakan peranti Android secara lalai) juga merupakan satu perisian produktiviti dengan fungsi-fungsi yang sama dengan Microsoft Office.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top