Perisian

Microsoft Membayangkan Live Tiles Baharu Untuk Windows 10

Microsoft telah membangunkan Live Tiles yang lebih interaktif dan lebih berfungsi sejak beberapa tahun lalu. Walaupun syarikat itu telah mengubahsuainya beberapa kali sejak pelancaran Windows 8, fungsi dan cara berinteraksi dengan Live Tiles Windows 10 kekal sama. Tetapi itu bakal berubah.

Windows-10-logo

Microsoft Membayangkan Live Tiles Baharu Untuk Windows 10

Dalam persidangan pembangun Microsoft Build, syarikat itu akan mengadakan satu sesi yang bertajuk “What’s New for Tiles and Toast Notifications” (Apa yang baharu untuk notifikasi Tiles dan Toast). Sesi tersebut akan membayangkan perubahan yang akan dialami Tiles di mana ia akan berubah dengan penambahan dua perkara yang telah diminta-minta pengguna. Windows 10 sepatutnya dilancarkan dengan Live Tiles interaktif, tetapi tidak. Mungkin kini ia telah bersedia untuk menyertakannya ke dalam kemaskini seterusnya.

Live Tiles Baharu

Microsoft pernah mendedahkan konsep pandangan Tile interaktif yang memudahkan merespon dan berinteraksi dengan notifikasi dari dalam aplikasi. Pengguna tidak perlu klik pada tile untuk membalas email, sebaliknya boleh melihat semua email pada tile dan membalasnya terus dari tile tersebut.

Ciri ini sangat berguna juga bagi aplikasi seperti kalkulator dan membolehkan pengguna menggunakannya tanpa melancarkan aplikasi penuh. Tidak dapat dipastikan samada projek Microsoft Research ini merupakan antara dua fungsi yang akan dibayangkan pada acara Microsoft Bulid, tetapi segalanya akan diketahui tidak lama lagi. Video di bawah menunjukkan fungsi Live Tiles interaktif yang dimaksudkan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top