Komputer

Microsoft Menghadapi Tindakan Saman Akibat Dakwaan Kehilangan Data Disebabkan Naiktaraf Windows 10

Di Amerika, satu tindakan sama telah disasarkan ke atas Microsoft atas dakwaan Windows 10 mendatangkan kerosakkan ke atas PC dan menyebabkan penggunanya kehilangan data mereka. Secara spesifik ia merujuk kepada naiktaraf Windows 10 pada PC Windows 7 dan Windows 8.1 yang dibuat tanpa kesedaran atau kemahuan penggunanya.

Windows 10

Microsoft Menghadapi Tindakan Saman Akibat Dakwaan Kehilangan Data Disebabkan Naiktaraf Windows 10

Menurut laman Register, tindakan saman itu mewakili 3 pengguna di Illinois dan dijangka diperluas menjadi tindakan saman yang merangkumi orang ramai yang terjejas akibat naiktaraf ini menyebabkan kehilangan data. Mereka mendakawa Microsoft tidak mengambil langkah keselamatan munasabah dalam proses mereka dan implimentasi proses naiktaraf itu.

Dalam tindakan saman itu, ditampilkan satu kes yang berlaku kepada Stephanie Watson di mana naiktaraf Windows 10 dijalankan tanpa kebenarannya, mengakibatkan pemadaman data, sebahagian darinya berkaitan pekerjaannya. Pihak sokongan teknikal dipanggil untuk mengembalikan semula kepada keadaan asal, tetapi ia hanya separa berjaya. Akhirnya beliau terpaksa membeli PC baharu.

Seorang lagi plantiff berkata beliau menaiktaraf dengan kehendaknya sendiri, namun selepas naiktaraf, beliau mendapati komputrnya tidak lagi berfungsi, menyebabkan kehilangan data dan pembaziran masa dan wang. Kesimpulannya sama, kedua-dua pengguna ini menerima naiktaraf tetapi pada akhirnya komputer mereka tidak lagi berfungsi.

Para peguam yang mewakili pengguna berkata terdapat beratus-ratus kes sama di Amerika dan boleh diwakili dalam satu tindakan “class-action” terhadap Microsoft.

Apa pun keputusan tindakan saman itu, adalah penting untuk membuat sandaran fail-fail penting bagi mengelak kemungkinan kehilangan data semasa PC anda mengalami situasi tidak dijangka seperti ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top