Perisian

Skype Translator Dilancarkan Untuk Semua

Mulai hari ini, Skype Translator akan beralih keluar dari mod Beta Preview dan mula diedarkan kepada semua yang menggunakan aplikasi desktop Skype.

Skype translate delphi vid call-970-80

Skype Translator Dilancarkan Untuk Semua

Skype Translator merupakan tool yang menterjemahkan perbualan Skype secara hampir masa nyata akan diedarkan percuma bagi pengguna aplikasi desktop Skype. 6 bahasa berlainan ditawarkan semasa pelancaran iaitu Inggeris, Perancis, Itali, Mandarin dan Sepanyol, di samping 50 lagi bahasa yang ditawarkan hanya untuk terjemahan teks.

Apabila tool ini dipasang, satu ikon berbentuk glob akan muncul di bahagian atas kanan tetingkap. Untuk menghidupkan fungsi terjemah, pengguna perlu kilk padanya, membolehkan perbualan diterjemah. Perbualan bukan sahaja diterjemah dalam bentuk audio, malah terdapat juga sarikata.

Pihak media yang mencuba tool ini mendapati walaupun terdapat beberapa kesalahan pada penterjemahan, terutamanya apabila nama orang disebut, namun secara keseluruhan, penterjemahannya didapati tepat.

Kebolehan menterjemahnya juga akan dipertingkatkan apabila lebih ramai pengguna menggunakan tool ini kerana Skype Translator mempelajari pola penterjemahan secara automatik. Ia juga mengesan nama orang dalam senarai kenalan anda, jadi jika nama yang disebut tidak ditangkap oleh Translator, anda cuma perlu menambah nama beliau dalam senarai kenalan anda.

Buat masa ini Skype Translator hanya tersedia untuk desktop, namun berdasarkan perkembangan Skype setakat ini, tidak mustahil versi peranti mudahalih akan hadir tidak lama lagi. Tiada berita mengenai Skype Translator untuk Mac OS X setakat ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top