Perisian

Tarikh Windows 10 Anniversary Update Tertiris

Satu kesilapan yang dilakukan Microsoft menyebabkan tarikh pelancaran Windows 10 Anniversary Update Tertiris dalam satu pos blog yang nampaknya telah ditarik balik.

Windows 10 Anniversary Update

Tarikh Windows 10 Anniversary Update Tertiris

Microsoft telah menjanjikan pelancaran Windows 10 Anniversary Update akan berlaku lewat musim panas tahun ini dan tarikh yang tertiris, 2 Ogos nampaknya memenuhi janji yang tersebut, jika benar kemaskini tersebut telahpun sedia menjelang tarikh tersebut.

Tetapi ada apa dengan Windows 10 Anniversary Update? Ia merupakan kemaskini utama yang merangkumi pelbagai perkara yang dibangunkan hasil maklumbalas pengguna Windows 10. Seabgai contoh, menu Start akan mempunyai senarai penuh aplikasi yang dipertingkatkan dan tablet akan mempunyai senarai aplikasi muka penuh semula.

Cortana juga akan dinaiktaraf dan akan menjadikan hidup anda lebih mudah: ia akan menawarkan untuk memanggil Uber atau memesan makan malam jika anda bekerja lewat di pejabat. Namun, seperti biasa, ia belum ditawarkan di Malaysia lagi buat masa ini.

Pelayar web Edge juga menerima kemaskini besar dengan kini menyokong sambungan (extenstion). Pelayawr web itu pantas dan menjimatkan tenaga bateri tetapi sebelum ini tidak mempunyai sokongan sambungan dan ini menghalangnya mencapai potensi sebenarnya serta mencabar penguasaan Chrom dan FireFox.

Paling menarik adalah kemaskini ini percuma. Diharap Microsoft tidak terlalu memaksa pengguna memasang kemaskini ini. Ia menerima kritikan hebat kerana taktik umpama memaksa pengguna menaiktaraf dari versi Windows terdahulu ke Windows 10. Malah seorang pengguna berjaya menyaman Microsoft sebanyak USD 10,000 akibat perkara ini. Apa pun, diharap juga tarikh ini manjadi kenyataan.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top