Perisian

Tawaran Percuma Windows 10 Tamat 29 Julai

Microsoft telah mengumumkan bahawa sistem pengoperasian terbaharunya, Windows 10 telahpun dipasang pada 300 juta komputer aktif di seluruh dunia. ia juga mengumumkan tarikh tawaran percuma Windows 10 tamat, di mana pengguna tidak lagi boleh mendapat naiktaraf ke Windows 10 secara percuma.

Tawaran Percuma Windows 10 Tamat

Tawaran Percuma Windows 10 Tamat 29 Julai

Kadar penggunaan Windows 10 telah mencapai tahap 200 juta komputer pada 4 Januari lalu dan jika dilihat lebih jauh ke belakang, OS it telah mencapai 110 juta komputer pada 6 Oktober, seperti diumumkan Microsoft.

Ini bermakna dari bulan Oktober ke Januari, sebanyak 90 juta pengguna telah menaiktaraf komputer mereka ke Windows 10, manakala dari Januari ke Mei, sebanyak 100 juta lagi pengguna telah menaiktaraf komputer mereka ke OS terbaharu Microsoft itu. Ini juga bermakna kadar naik taraf dari bulan Januari ke Mei telah menjadi perlahan sedikit ke kadar 25 juta pengguna sebulan berbanding 30 juta pengguna sebulan pada bulan Oktober ke Januari

Tetapi kadar naiktaraf itu dijangka meningkat semula apabila Microsoft mengumumkan tarikh tawaran percuma Windows 10 tamat 29 Julai ini. Ini dijangka akan memaksa pengguna Windows 7/8.1 yang masih di atas pagar tentang keputusan menaiktaraf komputer mereka ke Windows 10.

Dalam pos blog Microsoft, syarikat itu juga mengingatkan pengguna masa telah menjadi suntuk untuk menaiktaraf ke OS tersebut kerana selepas 29 Julai, pengguna terpaksa membayar USD110 untuk Windows 10 Home.

Sudahkah anda menaiktaraf ke Windows 10?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top