Komputer

Windows 10 Cloud Fokus Utama Acara Microsoft Bulan Hadapan?

Windows 10 Cloud

Windows 10 Creators Update baharu sahaja diterbitkan, namun Microsoft mempunyai banyak lagi rancangan untuk sistem pengoperasian (OS) terbaiknya itu, termasuk versi yang telah diminimakan, yang akan menemui anda mulai bulan hadapan di sebuah acara pelancaran kendalian Microsoft. Versi ini dijangka adalah Windows 10 Cloud.

Windows 10 Cloud

Windows 10 Cloud Fokus Utama Acara Microsoft Bulan Hadapan?

Walaupun versi OS itu dinamakan Windows 10 Cloud, ia tidak begitu berkaitan dengan Cloud, sekurang-kurangnya tidaklah seperti yang anda sangkakan. Sebaliknya versi ini adalah versi minima OS tersebut yang hanya boleh menjalankan aplikasi universal dari Windows Store. Ia umpama Windows RT, OS untuk peranti kurang berkuasa, ideal untuk dibawa ke sana ke mari tanpa menggunakan banyak kuasa bateri.

Oleh itu, perkakasan baharu bukan menjadi fokus utama acara pelancaran kendalian Microsoft itu. Acara itu diberi nama kod Bespin, sempena nama planet di mana terletaknya Cloud City dalam galaxy Star Wars.

Wakil Microsoft mengatakan Surface Book 2 tidak akan diperlihatkan pada acara ini, memandangkan ia belum bersedia untuk pelancaran, namun Surface Pro 5 mungkin diperlihatkan. Tetapi paling menarik adalah khabar angin mengatakan Microsoft akan melancarkan sebuah lagi produk Surface baharu, berkemungkinan sebuah laptop “clamshell“. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan.

Kemungkinan besar Microsoft akan melancarkan peranti dua dalam satu baharu yang melarikan Windows 10 Cloud. Produk ini akan menjadi pesaing kepada Google Chrome dan sememangnya munasabah memandangkan acara pelancaran tersebut memfokuskan kepada OS Microsoft itu. Menurut sumber, acara Bespin akan diadakan pada awal bulan Mei. Segalanya akan didedahkan pada acara tesebut.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top