Perisian

Windows Store Bakal Berkembang Dengan Microsoft Desktop Bridge

Memang diketahui umum bahawa Microsoft sukar mendapat kemajuan dalam usahanya menarik lebih banyak pembangun aplikasi untuk membangunkan aplikasi untuk Windows Store bagi platform Windows 10 Mobile. Tetapi hari ini syarikat tersebut telah mengambil langkah besar ke arah memperkenalkan banyak lagi aplikasi pada versi Windows 10 Mobile dengan melancarkan Microsoft Desktop Bridge.

Microsoft Desktop Bridge

Windows Store Bakal Berkembang Dengan Microsoft Desktop Bridge

Pertama kali diperkenalkan Microsoft pada acara Build 2016 awal tahun ini, perisian yang pernah dikenali sebagai Project Centennial itu kini ditawarkan secara percuma kepada para pembangun perisian di Windows Store PC. Perisian ini boleh digunakan untuk menukarkan aplikasi Windows desktop mereka ke aplikasi yang boleh dimuatnaik ke gedung aplikasi Microsoft. Gedung ini boleh diakses oleh semua peranti tidak kira PC, tablet ataupun telefon pintar Windows.

Piawai keserasian itu dikenali sebagai Universal Windows Platform (UWP) dan ia memberikan fleksibiliti kepada sebarang aplikasi, membolehkan ia dijual kepada mana-mana peranti selagi ia boleh mengakses Microsoft Store. Jenis peranti yang boleh menjalankan aplikasinya semua boleh ditentukan oleh pembangun.

Microsoft juga memperincikan alatan dan sokongan yang ditawarkannya kepada pembangun dalam Microsoft Desktop Bridge seperti Cortana, Live Tiles dan banyak lagi. Anda boleh mengetahui dengan lanjut dalam blog Building Apps for Windows.

Ini bermakna tidak lama lagi gedung aplikasi itu (diharapkan) akan dipenuhi dengan lebih banyak aplikasi UWP. Untuk menyambut pelancaran perisian Desktop Bridge, applikasi Evernote akan hadir ke Windows Store dengan menggunakan perisian tersebut, di samping aplikasi seperti Arduino dan DoubleTwist. Benar, aplikasi tersebut tidaklah sepopular SnapChat atau Tinder, namun Microsoft ingin memfokuskan terlebih dahulu kepada pasaran sasarannya iaitu golong professional dan pengguna biasa yang menggunakan platform itu untuk melakukan kerja produktif.

Matlamat akhir pelancaran perisian ini adalah untuk memudahkan pembangun memabangunkan aplikasi untuk Windows Store dengan menghapuskan sebarang rintangan dalam proses pembangunan. Kini apa yang tinggal adalah untuk memperkenalkan peranti yang boleh mempamerkan aplikasi tersebut. Mungkin Surface Phone?

 

2 Comments

2 Comments

  1. Ary Lee

    September 15, 2016 at 7:43 pm

    Tajuk interesting. Tapi, saya tak faham apa fungsi apps ni. Penat repeat baca, tak faham-faham. Sorry/

    • iMyn

      September 15, 2016 at 11:54 pm

      App ni untuk pembangun perisian untuk convert app Windows 10 PC supaya boleh juga download pada Windows 10 Mobile (H/P dan tablet). Contoh kalau Apple app untuk Komputer MacOS tak boleh jalan kat iPad atau iPhone kan? Tapi untuk Microsoft, diaorang nak buatkan supaya developer boleh buat app Windows 10, pastu guna Desktop Bridge untuk convert app Windows 10 tu kepada App Windows 10 Mobile supaya boleh jalan kat HP dan tablet Windows 10 Mobile. So kiranya Desktop Bridge ni memudahkan kerja developer lah, takyah develop 2 app (satu untuk Windows 10, satu untuk Windows 10 Mobile) mcm developer Apple, kena bangunkan 2 app berasingan, satu untuk MacOS dan satu untuk iOS, so, agak menyusahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top