Tablet

Acara Pelancaran Produk Apple Dikhabarkan Pada 15 Mac

Apple dikatakan telah menetapkan tarikh untuk ia mengadakan acara pelancaran produk Apple kedua pada bulan Mac yang kini kelihatan seperti akan menjadi acara tahunan. Apa yang berkemungkinan akan dilancarkan adalah iPhone 5SE, model iPad baharu dan band Apple Watch baharu.

Acara pelancaran produk Apple

Acara Pelancaran Produk Apple Dikhabarkan Pada 15 Mac

Menurut laporan, acara pelancaran produk Apple yang dikhabarkan itu akan diadakan pada 15 Mac ini. Ia merupakan satu acara pelancaran yang lebih kecil berbanding pelancaran iPhone 7 yang dijangka akan diadakan pada bulan September. Tarikh acara ini juga dilaporkan oleh 9to5Mac dab BuzzFeed.

Ini bukan kali pertama tarikh acara pelancaran dibocorkan kerana sebelum ini khabar angin meletakkan tarikh tersebut pada 14 Mac, iaitu pada hari Isnin.

Jika Apple mengumumkan tarikh ini secara rasmi, ia akan menjadi kali kedua acara pelancaran produk diadakannya pada bulan Mac, memfokuskan kepada produk yang lebih kecil berbanding pelancaran iPhone baharu yang biasa diadakan pada bulan September. Tahun lalu, Apple telah melancarkan Apple Watch pada satu acara pelancaran yang diadakan pada 9 Mac.

Dengan iPhone 7 yang dijadualkan untuk pelancaran lewat tahun ini, Apple dijangka akan melancarkan iPhone 5SE yang merupakan telefon pintar 4 inci yang bakal menggantikan iPhone 5S yang masih dijual di pasaran.

Apple juga dikhabarkan akan melancarkan iPad Air 3 yang akan menandakan kali pertama sejak 2014 tablet itu menerima satu penambahbaikan signifikan. Ia dikatakan akan memperlihatkan ciri-ciri yang dilihat pada iPad Pro.

Band Apple Watch baharu juga dijangka ditampilkan pada acara pelancaran itu, termasuk satu barisan band baharu yang diperbuat daripada nylon gaya “NATO” berkualiti tinggi, lapor 9to5Mac.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top