Share

Liquid E2 : Acer Mendedahkan Spesifikasinya

Kebanjiran peranti-peranti Android yang semakin meningkat di pasaran berterusan dengan pengenalan Acer Liquid E2 yang akan mula dipasarkan di Eropah tidak lama lagi iaitu pada bulan Mei.

Acer Liquid E2

Liquid E2 : Acer Mededahkan Butirannya

Acer Liquid E2 mempunyai spesifikasi sama dengan Liquid E1, namun ia telah diberikan rekabentuk luaran yang baru, kamera yang dipertingkatkan dan sebuah pemproses quad core. Ia juga mempunyai kebolehan dual SIM jika anda memerlukannya.

Telefon pintar ini dilengkapi skrin 4.5-inci 430×960 qHD dengan speaker hadapan berkembar bagi membolehkan pengguna mendengar muzik yang dimainkan oleh Liquid Moodagent, sebuah aplikasi yang menghasilkan senarai lagu untuk dimainkan bergantung kepada mood pengguna.

Kamera utama 8 megapiksel padanya boleh mengambil video 1080p pada 30fps, manakala bahagian hadapannya dilengkapi kamera 2 megapiksel. Ia juga dilengkapi dengan Wi-Fi, GPS, Radio FM dan slot kad MicroSD.

Telefon pintar ini akan mula dijual di Eropah mulai pertengahan bulan Mei pada harga 229Euro (RM920++). Walaubagaimanapun, buat masa ini Acer tidak mendedahkan harga dan tarikh penjualannya untuk negara-negara lain.

Leave a Comment