Tablet

Alcatel OneTouch Pixi 3 (8) : Telefon Pintar Atau Tablet?

Ini bukan kali pertama sebuah tablet disertakan dengan fungsi telefon pintar, tetapi dengan beraninya, Alcatel mengembara ke alam Windows 10 Mobile dengan pengenalan Alcatel OneTouch Pixi 3 (8).

Alcatel OneTouch Pixi 3 -Press-01-970-80

Alcatel OneTouch Pixi 3 (8) : Telefon Pintar Atau Tablet?

Walaupun Alcatel menamakan tablet ini selaras dengan model telefon pintarnya, ia memasarkanAlcatel OneTouch Pixi 3 (8) sebagai sebuah tablet. Tetapi hakikatnya, dengan Windows 10 Mobile dipasang padanya, ia tidak mempunyai fungsi-fungsi yang sama seperti tablet seperti Surface Pro yang melarikan versi penuh Windows 10.

Peranti ini dilengkapi pemproses empat teras sambungan rangkaian 4G (termasuk keupayaan untuk membuat dan menerima panggilan telefon), skrin 8 inci dan pilihan warna emas, putih dan hitam.

Walaubagaimanapun, harganya masih belum didedahkan, namun ia dijangka akan mempunyai harga bajet, berdasarkan spesifikasinya. Peranti ini akan mula dijual di Eropah dan Amerika Selatan mulai April 2016.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top