Asus PadFone Infinity : Prestasi Pada Harga Yang Tinggi

Anda mungkin telah mengenali Asus Padfone 2 yang dilancarkan di Malaysia tidak lama dahulu. Ia sebuah telefon pintar yang boleh disambungkan dengan skrin yang bersaiz tablet. Kini Asus telah memperkenalkan Asus PadFone Infinity di Mobile World Congress 2013.

Asus PadFone Infinity

Asus PadFone Infinity : Prestasi Pada Harga Yang Tinggi

Asus telah memperkenalkan Asus PadFone Infinity sebagai satu kesinambungan barisan produk Padfone keluarannya. Ia merupakan sebuah telefon pintar LTE yang menjadi sebuah tablet 10.1 inci apabila ia dicantumkan pada tabletnya yang dipanggil PadFone Infinity Station.

Rekabentuk

Dengan penjuru logamnya, telefon pintar PadFone Infinity kelihatan dan berasa seperti memegang sebuah iPhone, namun lebih panjang dan lebar sedikit. Ia mempunyai tekstur logam tahan lasak dan ringan dipegang. Butang-butangnya juga mempunyai kualiti yang tinggi dan memberi respon baik apabila ditekan.

Jika anda pernah melihat barisan produk Asus Transformer, anda akan nampak persamaan rekabentuknya dengan PadFone Infinity Station, iaitu skrin 10.1 inci yang apabila disambungkan akan menjadikannya sebuah tablet. Ia mempunyai saiz dan berat yang hampir sama dengan Asus Transformer, namun badannya diperbuat daripada plastik berbanding telefon pintar PadFone yang diperbuat daripada logam. Telefon pintar bersambung dengan lancar kepada tablet.

Apabila ia disambungkan, paparan tablet tersebut akan dihidupkan. Setelah log masuk, pengguna boleh menggunakan PadFone sebagaimana menggunakan tablet biasa. Antaramukanya sangat responsif dan pantas.

Ciri-ciri dan spesifikasi

Asus PadFone Infinity dilengkapi pemproses 1.7GHz Qualcomm Snapdragon 600 quad-core dengan GPU Adreno 320 dan melarikan Android 4.2. Telefon pintarnya menampilkan rekabentuk unibody aluminium dan skrin IPS 5 incinya mempunyai resolusi 1,920×1,080 pada kepadatan piksel 441ppi.

Pada bahagian belakang, ia mempunyai kamera 13MP dengan apatur f/2.0 dan menurut Asus dengan kelajuan shutter tanpa lag. Ia juga mempunyai sensor imej khas untuk pengambilan foto yang lebih baik dalam keadaan kurang bercahaya.

Asus juga mengakui bahawa Asus PadFone Infinity boleh mengambil 100 gambar secara berterusan pada kadar 8 bingkai sesaat, sementara mengambil video 1080p pada masa yang sama. Ini membolehkan pengguna dapat mengambil gambar penting walaupun sedang merakam video pada masa yang sama. Namun, video yang dirakam semasa mengambil gambar agak tidak menentu.

PadFone Infinity Station pula mempunyai skrin 10.1 inci dengan resolusi 1,920×1,200 piksel. Ciri lain termasuk kamera  hadapan 1 MP, port Micro USB, sensor cahaya, dan sebuah e-kompas.

Antena GSM, WCDMA, and LTE juga disertakan dengan tablet tersebut, bersama-sama dengan bateri 5000 mAh yang membolehkan pengguna memanjangkan masa bercakap 3G kepada 40 jam apabila PadFone disambungkan kepada tablet.

Asus PadFone Infinity mempunyai spesifikasi yang menakjubkan, namun pada harga 999 Euro (RM4000++), ia sememangnya mahal bagi pengguna berpendapatan rendah/sederhana. Namun bagi mereka yang inginkan keserasian antara telefon pintar dan tablet, mungkin mereka sanggup untuk mengeluarkan wang sebanyak itu.

Belum ada berita mengenai penjualannya di Malaysia, walaupun ia sudah mula dijual di sesetengah negara Asia.

Tags: , , , ,

Pengarang: iMyn

 

Sebagai co-founder TechKini, iMyn menggemari gajet, peranti dan teknologi terkini serta meminati bidang kewartawanan dan melancong ke serata dunia. Memiliki latarbelakang pendidikan IT dari universiti terkemuka tempatan, beliau memiliki pengetahuan yang luas dalam menilai baik buruk sesebuah produk. Falsafah hidup beliau adalah, "beli jika benar-benar memerlukannya, jangan ikuti trend semasa membuta tuli".

 

Terkini Mengenai Tablet

 
 

Add a comment

required

required

optional


 
 
 

Social Widget

 
 
 

Popular Minggu Ini

 
 
 
 

Ruangan Diskusi

  • iMyn: Depends juga lah, setakat ni, kebanyakan tempat saya gi ada …
  • Izatul Fitriah: kalau di kawasan kampung,YES ni dapat liputan atau tidak? …
  • iMyn: Actually admin pun pakai Apple, cuma kadang-kadang tension g…
  • Afif Zafri: statement last tu mmg buat apple fan boy butthurt hahaha. bt…
  • ismahasmi: amboi laju sangat. yang kita ni baru survey2 nak tengok jam …
  • Sembang Gajet: Kemungkinan pendrive tidak lagi digunakan pada masa akan dat…
  • iMyn: 2 dahun lagi kalau tak ada masalah melanda, ia akan launch. …
 
 

Ruangan Perkenalan