Share

Galaxy Tab 3 : Segala Persoalan Terjawab

Semua persoalan mengenai tablet terbaru Samsung Galaxy Tab 3 terjawab apabila syarikat itu mengumumkan peranti tersebut secara rasmi di laman webnya.

Galaxy Tab 3

Galaxy Tab 3 : Persoalan Terjawab

Samsung mengumumkan segala yang ingin diketahui oleh pengguna mengenai tablet 7 inci itu di laman webnya. Ia akan dilengkapi pemproses dual core 1.2GHz dan didatangkan dengan 2 pilihan ruang storan iaitu 8GB dan 16GB serta dilengkapi dengan slot micro SD untuk mengembangkan ruang storannya sehingga 64GB.

Walaubagaimanapun spesifikasinya tidak banyak berbeza berbanding Galaxy Tab 2 dengan kamera utama 3MP dan kamera hadapan 1.3MP.

Walaupun tablet ini dipasarkan untuk bersaing dengan iPad Mini dan Nexus 7, skrinnya yang mempunyai resolusi 1,024 x 600 agak menghampakan dengan kepadatan piksel hanya 169ppi.

Namun, harus diingat, turut dijangka membuat penampilan tidak lama lagi ialah Samsung Galaxy Tab 3 Plus, sebuah tablet 10 inci yang dikatakan mempunyai pemproses yang lebih pantas dan sebuah skrin dengan resolusi 2,560 x 1,600.

Model WiFi tablet Galaxy Tab 3 akan berada di pasaran di seluruh dunia pada bulan Mei manakala versi 3G pula akan menemui pengguna pada bulan Jun.

Walaubagaimanapun, Samsung masih belum mengumumkan harga bagi tablet barunya itu. Namun memandangkan ia akan berada di pasaran kelak, pengguna tidak perlu menunggu lama untuk mengetahuinya.

Leave a Comment