Tablet

Gambar Hadapan Samsung Galaxy Tab S3 Bocor

Walaupun Samsung Galaxy Tab S3 akan diperkenalakan tidak lama lagi pada Februari 26, gambar penuh peranti itu masih tidak kelihatan. Namun itu telah berubah hari ini dengan pendedahan gambar penuh peranti tersebut.

Gambar Hadapan Samsung Galaxy Tab S3 Bocor

Walaubagaimanapun, apa yang dilihat adalah sebuah tablet yang mempunyai rekabentuk hampir sama dengan Samsung Galaxy S2, jadi terdapat kemungkinan gambar ini hanyalah gambar peranti tersebut.

Pada peranti tersebut terdapat bingkai yang jelas di sekeliling skrinnya, dengan logo Samsung di bahagian atas dan butang Home fizikal di bahagian bawah (berkemungkinan mempunyai pengimbas cap jari) serta butang multi tugas dan butang ke belakang sebaris dengannya. Semuanya serupa dengan model S2.

Satu perbezaannya adalah S-Pen yang diletakkan bersebelahan tablet berkenaan dalam gambarnya. Namun, dikhabarkan tablet itu tidak didatangkan dengan tempat untuk menyimpan S-Pen tersebut, memungkinkan pen tersebut hanya ditawarkan sebagai pilihan aksesori tambahan sahaja.

Walaupun gambar ini tidak mendedahkan banyak, WinFuture yang mendedahkan gambar ini berkongsi sedikit butiran mengenai peranti ini. Pertama sekali Samsung Galaxy Tab S3 dijangkakan akan didatangkan dalam satu saiz sahaja iaitu 9.7 inci, tidak seperti model sebelumnya yang mempunyai variasi 8 inci.

Tablet berkenaan juga dikatakan akan didatangkan dalam warna perak di samping warna hitam seperti gambar di atas dan akan didatangkan dalam variasi dengan 4G LTE dan WiFi.

Selain itu, tablet ini juga dikatakan akan mempunyai skrin dengan resolusi 1536 x 2048 serta aspek ratio 4:3, pemproses Snapdragon 820, 4G RAM, ruang storan 32GB, kamera utama 12MP dan kamera hadapan 4.7MP.

Apa pun maklumat yang diberi, ia akan disahkan samada benar atau palsu dalam beberapa minggu lagi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top