Tablet

Google Bakal Melancarkan Tablet Paling Murah Pada Penghujung 2012

Persoalan yang kerap-kali diajukan oleh bakal pembeli tablet; yang manakah tablet paling murah di pasaran kini?

Persaingan bagi pasaran tablet menjadi semakin sengit sejak kebelakangan ini terutamanya selepas pelancaran iPad generasi ke-4 dan juga iPad Mini oleh Apple, Kindle Fire HD oleh Amazon dan Microsoft Surface oleh syarikat gergasi, Microsoft. Walaupun tidak dinafikan sama sekali bahawa setiap tablet di atas memiliki kekuatan masing-masing dan berbaloi dengan nilainya, ia juga memiliki kelemahan yang agak ketara iaitu dari segi harga terutamanya bagi rakyat Malaysia.

Oleh kerana harga yang agak tinggi, tidak ramai yang mampu untuk memiliki tablet yang ada di pasaran kini. Walapun terdapat tablet paling murah keluaran Taiwan atau China di pasaran, kualiti produk tersebut begitu kurang meyakinkan para pembeli.

Berita baiknya, terdapat ura-ura bahawa Google bakal melancarkan versi murah tablet Google Nexus pada penghujung tahun 2012. Google kini dikatakan sedang bekerjasama dengan syarikat Taiwan, Quanta Computer, WonderMedia dan HannStar bagi menghasilkan tablet yang bakal menggunakan teknologi ARM-architecture single-core processor 8950.

Tablet paling murah ini berkemungkinan besar mempunyai teknologi yang lebih rendah berbanding tablet yang sedia ada di pasaran. Dengan Microsoft dan Apple bersaing sengit untuk mendominasi pasaran high-end, Google lebih berminat untuk menguasai pasaran low-end yang kini didominasi oleh Amazon.

Harga pelancaran bagi tablet paling murah ini adalah US$99. Jika benar ura-ura ini, harga bagi tablet tersebut mungkin di bawah paras RM500 di mana ia membolehkan ramai rakyat Malaysia dan juga penduduk negara –negara yang mempunyai per kapita yang rendah untuk memiliki tablet pertama mereka.

tablet paling murah

Buat masa ini, masih belum terdapat pengumuman rasmi mahupun pengesahan dari pihak Google mahupun ketiga-tiga syarikat yang dikatakan bekerjasama dalam projek ini.

Apa pendapat anda?

1 Comment

1 Comment

  1. Pingback: 5 Sebab Untuk Tidak Membeli iPad Mini - TechKini.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top