Tablet

Google Pixel C Dilancarkan Untuk Menandingi iPad

Google mula menjual Google Pixel C di laman web jualannya dalam usahanya untuk memenangi sebahagian daripada pasaran tablet premium terutamanya untuk menyaingi tablet Apple iPad.

Google Pixel C

Google Pixel C Dilancarkan Untuk Menandingi iPad

Google Pixel C menandakan kali pertama Google mengeluarkan sebuah tablet tanpa bantuan pengeluar pihak ketiga dan ia berazam untuk merampas takhta tablet premium daripada Apple dengan iPad 2.

Tablet ini dilengkapi skrin 10.2-inci dengan resolusi 2560 x 1800, pemproses Nvidia Tegra X1, 3GB RAM, kamera utama 8MP, kamera hadapan 2MP dan bahagian badan yang diperbuat daripada aluminium. Google juga mendakwa baterinya boleh bertahan selama 10 jam.

Tablet ini boleh didapati dalam dua model, satu dengan ruang storan 32GB dan satu lagi dengan runag storan 64GB, masing-masing dijual pada harga USD499 dan USD599. Harga ini menyamai model iPad, tetapi dengan Pixel C, anda mendapat ruang storan yang lebih besar.

Sebagai tambahan, pengguna boleh mendapatkan aksesori dok keyboard pintar yang boleh mengecas dirinya secara tanpa wayar daripada tablet tersebut tanpa perlu di”pair” dan ia juga berfungsi sebagai pelindung tablet. Dok keyboard pintar ini dijual pada harga USD 149.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top