Tablet

Harga iPhone SE dan iPad Pro 9.7 Inci Didedahkan

Harga jualan iPhone SE dan iPad Pro 9.7 inci bagi pasaran Malaysia telah didedahkan. Seperti yang dijangkakan, harganya lebih tinggi berbanding jika harganya di US ditukarkan terus ke matawang Ringgit.

iphone se

Harga iPhone SE dan iPad Pro 9.7 Inci Didedahkan

Bagi iPhone SE, harga untuk model 16GB adalah RM1,949, manakala RM2,449 bagi model 64GB. Memandangkan model 16GB mempunyai ruang storan terlalu kecil untuk menjadi sebuah peranti yang praktikal, model 64GB dijangka menjadi tumpuan kebanyakan pengguna. namun harganya RM2,449 adalah hampir RM500 atau 25% lebih mahal dari harga jualan di US iaitu USD499 (RM1,952).

ipad-pro

Bagi iPad Pro 9.7 inci pula bagi model WiFi, harganya bermula pada RM2,499 untuk model 32GB, RM3,399 untuk model 128GB dan RM 4,099 untuk model 256GB. Bagi model WiFi + 4G LTE pula, ia dijual bermula pada harga RM3,299 untuk model 32GB, RM3,999 bagi model 128GB dan RM4,699 untuk model 256GB.

Jadi, bagaimanakah pendapat anda mengenai peranti-peranti ini setelah mengetahui harga jualannya di Malaysia? Adakah anda masih mahu membeli?

Pada pendapat kami, iPad Pro 9.7 inci dijangka mempunyai sedikit kesukaran untuk dijual di Malaysia memandangkan harganya yang tinggi dan fungsi sehari-harian yang kurang lengkap bagi meyakinkan pengguna laptop biasa untuk beralih kepadanya.

Ia dilihat hanya akan menarik pengguna-pengguna professional yang mencari rezeki dalam bidang seni dan fotografi. Selain itu, sukar untuk dikatakan dengan pasti.

Bagi iPhone SE pula, bagi kami, harganya di luar jangkaan kami. Kami memang menjangkakan ia lebih mahal dari harga jualan di Amerika, namun tidak menjangkakan ia RM500 lebih mahal. Secara peribadi, kami berfikir dua kali untuk mendapatkan telefon pintar dan hanya akan membeli jika mempunyai wang lebih atau mendapat tawaran hebat dari telco.

Sungguhpun demikian kami berpendapat masih ramai akan berminat untuk mendapatkan telefon pintar ini kerana tidak seperti iPad Pro, ia mempunyai fungsi-fungsi yang memberi impak kepada pengguna dalam kehidupan sehari-harian. Tambahan pula ia merupakan simbol status yang merupakan suatu yang masih dikejar pengguna.

Seperti biasa, jika anda setia pada Android, abaikan pos ini.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Popular

To Top