Share

iPad Mini vs iPod Touch : Memilih Peranti Terbaik Untuk Anda

iPad Mini dan iPod Touch boleh dikatakan dua produk sama dengan saiz berlainan. Salain saiz, beza antara keduanya hanyalah iPad Mini mempunyai model 3G dan 4G LTE. Namun persoalan yang timbul, iPad Mini vs iPod Touch : yang mana satu patut anda pilih?

iPad Mini vs iPod Touch

iPad Mini vs iPod Touch

Untuk perbandingan ini kita akan membandingkan model iPod Touch 32GB dengan iPad Mini WiFi 16GB. Ini kerana kedua-duanya mempunyai ciri-ciri dan harga yang hampir sama.

iPod Touch iPad Mini
Pemproses A5 A5
Ruang Simpanan 32GB 16GB
Skrin 4″ Retina Display 7.9″ Display
Harga RM1049 RM999

Kedua-dua peranti ini menggunakan pemproses yang sama namun saiz skrin dan ruang simpanan berbeza. Kelebihan iPad Mini ialah saiz skrinnya dan kelebihan iPod Touch pula ialah ruang simpanannya.

Menilai Peranti

Perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap pengguna ialah sesuatu kehebatan sesuatu alat atau peranti adalah bergantung kepada berapa banyak keperluan anda yang dapat ia penuhi. Dengan kata lain jika peranti itu peranti mempunyai pemproses terlaju, skrin terbesar atau mempunyai seribu satu ciri yang hebat, jika ia tidak dapat memenuhi keperluan anda, bermakna ia sama sekali tidak praktikal.

Sebagai contoh, iPad Mini mempunyai skrin 7.9″ berbanding iPod Touch yang mempunyai skrin 4″. Dari mata kasar, sememangnya iPad Mini lebih baik dari segi itu, tetapi jika anda memerlukan satu peranti yang mudah-alih, mudah disimpan dan boleh dimasukkan ke dalam poket, iPod Touch dapat memenuhi keperluan anda.

Cadangan

Kedua-dua peranti ini merupakan peranti yang hebat, jadi untuk membantu anda membuat pemilihan, kami senaraikan cadangan kami dalam pemilihan peranti.

Anda patut mendapatkan iPod Touch jika anda :

  • Mahukan peranti bagi menggantikan kamera point and shoot anda.
  • Mahukan peranti untuk merakamkan video 1080p dalam situasi diskrit.
  • Perlukan ruang simpanan yang lebih untuk muzik dan video anda.
  • Lebih mudah untuk bermain permainan video.

Anda patut mendapatkan iPad Mini :

  • Anda mahu membaca E-book dengan iPad anda. Saiz dan beratnya sesuai untuk membaca E-book.
  • Anda mahu menonton video dengan lebih selesa.
  • Lebih sesuai untuk berkongsi skrin dengan orang lain seperti pelanggan atau sahabat yang ingin berkongsi menonton video.

Internet

Kekangan kedua-dua peranti ini ialah ia hanya mempunyai kebolehan WiFi sahaja. Walaupun kebanyakan bangunan dilengkapi WiFi, dalam sesetengah situasi anda memerlukan internet mudah alih.

Anda boleh menambah RM400 untuk mendapatkan model iPad Mini dengan 3G dan LTE, namun RM400 bukannya satu jumlah yang sedikit. Namun pilihan ini tidak ada pada iPod Touch.

Anda juga boleh juga menggunakan perkhidmatan internet mudah alih seperti Yes 4G di mana ia mempunyai peranti yang bertindak sebagai mobie hotspot. Kelajuannya juga jauh lebih laju daripada 3G dan ia rangkaiannya boleh dikongsi dengan 5 peranti sekali gus. Lebih lanjut mengenai Yes 4G dalam artikel akan datang.

Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sebelum membuat pembelian, anda seharusnya mengenali lebih mendalam keperluan anda. Seperti dikatakan tadi, kedua-dua peranti ini peranti yang baik, namun persoalannya yang manakah memenuhi keperluan anda?

12 Comments on this Post

  1. Dah pilih dah bro… iPad mini jugak jadi pilihan. :)

    Reply
  2. Leka Leqa

    me le team apple so I couldn’t agree more on both.. btw boleh tak buat review pasal Nitendo Wii U? :)

    Reply
  3. rasa-rasa ipad mini lebih best

    Reply
  4. perbandingan yg menarik.. masing2 ada pro tersendiri..

    Reply
  5. Keyroll

    Saya pilih ipod touch (5 gen.) colour skrin sgt cntk sama taraf dgn iphone 5, aplikasi dea pon sme. Sy gemar dgr lagu n main game. Selain itu, ia kecil, ringan & sgt nipis. Untuk ipad mini better amik brand tab mini laen cth galaxy tab 2 7.0. Murah & kecerahan skrin hampir setaraf, skrin ipad mini bkn menggunkn Retina Display pon. Spec dea pon byk menggunakn dr ipad 2.

    Reply
  6. Keyroll: jangan pilih ipod touch 5g kalau kamu main game separuh daripada skrin kamu akan menjadi hitam ia akan menjadi seperti ipod touch 4g skrin kecil..lebih baik kamu pilih iphone 4s atau 5 kalau tidak pon ipad mini atau 2 saya dah menggunakan nya rasa macam nak nangis plak!!

    Reply

Leave a Comment